Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Sejam Berkali-Kali Topup Air” – Jualan Ais Kosong Balang Jadi Tumpuan Ramai, Sedap Dapat Sejuk Sejuk

“Sejam Berkali-Kali Topup Air” – Jualan Ais Kosong Balang Jadi Tumpuan Ramai, Sedap Dapat Sejuk Sejuk

Kategori: ,

Jualan air minuman balang biasanya dijual di tepi-tepi jalan dengan perisa air yang pelbagai. Dengan pilihan yang banyak, pelanggan boleh memilih air apa sahaja yang mereka mahukan mengikut tekak masing-masing.

“Sejam Berkali-Kali Topup Air” – Jualan Ais Kosong Balang Jadi Tumpuan Ramai, Sedap Dapat Sejuk Sejuk

Tetapi, ada yang menarik perhatian ramai apabila ada peniaga yang menjual air minuman dengan menyediakan ais kosong balang yang tertera padanya adalah mineral/drinking water dengan RM1.

Perkongsian yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Syafinas Abu Bakar itu mendapat perhatian ramai apabila ia lain dari yang lain kerana dapat menarik orang ramai membelinya.

“Paling bijak. Sejam berkali topup. Untung berganda. Gula tak payah cordial tak perlu. Panas terik memang menjadi pilihan. Paling lega. Siapa tak suka boleh beli yang dalam botol,” tulisnya dalam hantaran terbabit.

Melihat komen orang ramai, ramai yang bersetuju dengan penjualan sebegini kerana ia begitu memudahkan.

Mudahkan Orang Ramai Dapat Air Sejuk-Sejuk

“Paling diperlukan anak-anak aku ni. Anak-anak aku autism yang tak minum air manis langsung. Hanya ais kosong yang sejuk gila. Susah nak jumpa pergi mana-mana. Orang cakap bagus laah jimat. Masalahnya susah nak dapat. Sejuk sikit dorang tak mahu,” komen seorang netizen memberi mendapat tentang penjualan ais kosong balang.

tags: