Tak semua orang beruntung dan dilahirkan dalam keadaan keluarga yang aman damai. Hakikatnya ramai di antara kita mempunyai pelbagai masalah keluarga sejak kecil dan diduga dengan pelbagai perkara.
Cara hadapinya juga berbeza-beza bagi setiap insan. Ada yang memilih untuk kuat dan matang pada usia yang awal bagi membantu diri dan keluarga, ada pula yang sebaliknya. Kisah kehidupan yang sangat mencabar dan menyayat hati sejak di usia kecil, sesiapa sahaja akan berasa sedih bila mendengarnya.
Singgah di sebuah stesen minyak Petronas, seorang lelaki didekati oleh seorang adik kecil yang membawa seplastik yang penuh dengan aneka jajan. Bersimpati dan ingin membantu adik itu, dia membeli dua paket jajan darinya.
Ingin tahu, lelaki itu bertanya beberapa soalan pada adik itu. Menurutnya, dia yang berusia lapan tahun terpaksa tinggal dengan neneknya yang turut meniaga di kawasan berhampiran. Oleh kerana ibu bapanya sudah berpisah, dia dijaga sepenuhnya oleh neneknya.
Berasal dari Sabah, mereka terpaksa meniaga demi mencari rezeki. Walaupun masih bersekolah, adik itu tetap membantu neneknya menjual pada hari cuti. Walaupun dia masih lagi kecil, dia tetap tidak segan mendekati orang ramai untuk menjual.
Sebelum adik itu berlalu pergi, lelaki itu menasihatinya untuk sentiasa rajin bersekolah sambil menjaga diri sendiri.
@jarirharun Moga Allah mudahkan urusan adik dan nenek ya 😊🙏🤲
@jarirharunMoga Allah mudahkan urusan adik dan nenek ya 😊🙏🤲
Menjengah di ruagan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut berasa terharu bila mengetahui kisah adik itu. Mereka turut mendoakan agar dia menjadi seorang insan yang berjaya di masa akan datang.
Di usia yang kecil pun adik ini tetap kuat menghadapi dugaan sebegini. Sepatutnya pada usianya, dia perlu berseronok dan sibuk bermain tapi tetap gigih membantu keluarganya tanpa mengeluh.
Semoga adik ini terus berada dalam keadaan yang selamat dan membesar menjadi seorang insan yang baik serta berjaya.
Kredit: jarirharun
Baca Juga: Booking Seminggu Awal Untuk Makan Buffet Tapi Makanan Habis, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa