Nugget sememangnya menjadi kegemaran ramai. Di pasaraya, nugget frozen dijual dan pembeli boleh menyediakannya dengan mudah. Ada kalanya jika terlalu sibuk dan tak sempat untuk menyediakan sarapan pagi, ia menjadi hidangan pilihan ibu-ibu untuk disediakan buat keluarga.
Namun begitu, tak semua nugget frozen yang dijual di pasaran adalah yang berkualiti. Segelintir pengusaha juga tidak menitikberatkan pada penghasilan produk tersebut dan hanya mengeluarkannya semata-mata untuk mengaut untung. Sepertimana yang telah dikongsikan oleh wanita ini yang telah tertipu dengan harga nugget frozen yang murah tapi rasa loya bila terjumpa sesuatu menggelikan.
Berkongsi hal itu di laman TikTok menerusi akaunnya, eyzaazhar, wanita itu berasa geli apabila menemui seekor lalat dalam nugget frozen yang baru sahaja dibeli olehnya di sebuah pasaraya berdekatan.
Tidak pernah dibeli, wanita itu tergerak untuk mencubanya oleh kerana terdapat promosi di pasaraya itu. Setelah pulang dan menggorengnya, wanita itu dengan sakan menikmati beberapa keping nugget.
Namun bila menjengah pada isi nugget tersebut, wanita itu berasa terkejut apabila menemui seekor lalat dalam isi nugget yang sedang dimakan. Hal itu membuatkannya berasa geli. Walaupun begitu, dia turut berasa bernasib baik kerana belum lagi termakan lalat tersebut.
https://www.tiktok.com/@eyzaazhar/video/7070447158842920219?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145
@eyzaazhar Nasib la labu..sje la nak try sbb tgh offer mmg x beli la lepaa ni 🥲😅 #lotusmalaysia #lotusplentongjohor#valuechickennugget ♬ original sound – Kecik Anjee
Dilihat di ruangan komen, segelintir warganet turut pernah mengalami hal sebegitu. Oleh kerana trauma dengan perkara yang berlaku, ada juga yang sudah tidak membeli mana-mana nugget frozen yang dijual di pasaraya.
Tambahan pula, ada juga yang sempat mengusik wanita itu dan berkongsi bahawa lalat tersebut menjadi perisa tambahan untuk menyedapkan lagi nugget tersebut.
Walaupun harga makanan tersebut lebih murah, namun pengguna perlu membuat pilihan yang bijak dan sentiasa berwaspada. Sebelum membeli, pastikan makanan tersebut dijamin bersih dan berkualiti. Jika perlu membeli yang mahal, tak mengapa asalkan kualitinya dijamin.
Kredit: TikTok eyzaazhar
Baca Juga: “Spoil Mood Nak Makan!”, Peniaga Guna Sotong Frozen, Wanita Ini Hilang Selera Untuk Makan