Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jurugambar Kelaparan! Akibat Tak Dibenar Makan & Minum, Nekad Padam Semua Gambar & Tinggalkan Majlis

Jurugambar Kelaparan! Akibat Tak Dibenar Makan & Minum, Nekad Padam Semua Gambar & Tinggalkan Majlis

Kategori:
jurugambar

Seorang jurugambar nekad memadam semua gambar dalam kameranya di hadapan pengantin lelaki selepas dia tidak dibenarkan berehat sebentar untuk makan dan minum ketika bertugas dia majlis perkahwinan tersebut.

“Saya sebenarnya bukan seorang jurugambar, saya hanya menguruskan anjing. Saya mengambil banyak gambar anjing sepanjang hari untuk dimuat naik ke dalam Facebook dan Instagram saya, ianya adalah ‘perkara yang saya selalu lakukan’, tulisnya di Reddit.

Disebabkan seorang kawan yang ingin berjimat

Namun disebabkan seorang kawan yang ingin berjimat telah menyakinkannya untuk mengambil gambar di majlis perkahwinannya itu. “Saya memberitahunya bahawa ianya bukanlah kepakaran saya namun dia telah menyakinkan saya dengan menyatakan bahawa dia tidak kisah jika hasilnya tidak begitu sempurna,” katanya.

Lalu jurugambar itu bersetuju untuk menerima tawaran tersebut bersama dengan upah sebanyak ASD$250 (RM1046.63). Dia mula bertugas pada sekitar jam 11 pagi dan dijangka selesai sekitar jam 7.30 malam.

Diberitahu tidak boleh berhenti rehat dan makan

“Sekitar jam 5 petang, makanan telah dihidangkan dan saya diberitahu bahawa saya tidak boleh berhenti rehat untuk makan kerana saya perlu menjadi jurugambar,” tulisnya.

Dia melanjutkan, “Saya semakin penat dan pada ketika ini agak menyesal menerima kerja ini. Di situ juga sangat panas, suhunya seperti sekitar 110F (43.33 Celcius) dan tidak ada penghawa dingin.” Lebih teruk lagi, tidak ada kemudahan untuk mendapatkan air di situ.

jurugambarDia kemudiannya memberitahu kepada pengantin lelaki bahawa dia memerlukan rehat 20 minit bagi mendapatkan sesuatu untuk dimakan dan minum.

Namun, pengantin lelaki menyatakan kepadanya bahawa “Saya perlu menjadi jurugambar, atau pergi tanpa gaji.”

Jurugambar itu menambah, “Dengan suhu yang panas, kelaparan, berasa jengkel dengan keadaan sekeliling, saya bertanyakan kepadanya bahawa adakah dia yakin untuk membuat perkara itu, dan dia berkata ya, jadi saya terus padam semua foto yang saya ambil di hadapannya dan terus meninggalkan tempat itu sambil berkata yang saya kini bukan jurugambar dia lagi. Sekiranya saya dibayar dengan ASD$250, jujur pada ketika itu saya akan membayar ASD$250 hanya untuk segelas air sejuk dan duduk selama 5 minit sahaja.”

Perkongsian itu juga turut menyebut bahawa pengantin baru berkenaan pergi berbulan madu dengan tidak memuat naik apa-apa di media sosial mereka.

Sementara itu orang ramai dilaporkan bertanyakan kepada mereka berkenaan foto perkahwinan mereka.

Menjadi tular di media sosial

Catatan jurugambar itu lantas menjadi tular di media sosial, dengan sebilangan besar warganet menyokong tindakan jurugambar tersebut.

Seorang warganet di media sosial berkata, “Mereka mahukan harga kawan tetapi tidak langsung sediakan makanan untuk awak? Anjing-anjing itu lagi bagus dari ‘kawan’ awak ini.”

“Jika anda tidak bagi seseorang berehat untuk makan dan minum sekejap, anda bukanlah kawan sebenar dan tidak berhak untuk meletakkan harga sebegitu,” tulis seorang lagi warganet.

Seorang warganet ketiga mencadangkan, “jurugambar tersebut tidak sepatutnya padam gambar-gambar itu. Untuk memuaskan hati, dia sepatutnya pergi sahaja dari majlis itu dan ketika kawannya bertanya tentang gambar tersebut kemudian, cakap bahawa dia hanya akan memberi gambar itu dengan bayaran 2 atau 3 kali ganda.”

Sumber: TIMESNOWNEWS

Baca juga: “Jangan Sampai Perut Kita Kenyang, Ada Orang Lain Sedang Kelaparan” Pesan Arwah Ayah Wanita Ini Undang Sebak

tags: | |