Pasti ramai yang dah sedia maklum tentang kesedapan roti kacang pool. Semangkuk kuah penuh perisa, kemudian dicicah bersama roti yang lembut. Rasa dia memang padu dan sedap untuk diratah setiap masa, terutamanya di waktu pagi. Bagi anda yang masih gigih mencari resepi kacang pool yang sedap, jangan risau kerana semuanya telah saya sediakan untuk anda.

KACANG POOL VERSI DAHLIA’S KITCHEN

Bahan-Bahan Kisar:

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • Sedikit Halia ( jika letak daging cincang )

Bahan-Bahan Lain:

  • 4 Tin Kacang Pool ( 3 tin dikisar, 1 tin diramas-ramas )
  • 1-2 Sudu Makan Rempah Kari Daging
  • 2-3 Sudu Makan Serbuk Jintan Kasar
  • 1-1.5 Sudu Makan Serbuk Jintan Putih
  • 1-1.5 Sudu Makan Serbuk Ketumbar
  • 1 Sudu Makan Lada Sulah
  • 1 paket Daging Cincang ( optional, nak letak boleh, taknak pun boleh )
  • 2 Sudu Minyak Sapi

Bahan-Bahan Taburan Atas:

  • Bawang Besar ( dipotong dadu kecil )
  • Lada Hijau ( dihiris-hiris)
  • Limau Kasturi
  • Telur Goreng Mata Lembu

Cara-caranya adalah:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan serbuk jintan putih, ketumbar, jintan kasar, rempah kari, dan lada sulah/hitam. Tumis sehingga sedikit garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan daging cincang. Gaul sebati.
  3. Kemudian, masukkan kacang pool dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan sedikit minyak sapi.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama bahan-bahan taburan atas.

Cara-cara memasak sila rujuk pada Tutorial Video.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 12 times!)