Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Kalau Boring Makan Nasi Kandar, Jom Cuba 7 Kafe Western Paling Best di Penang. Dijamin Halal !

Kalau Boring Makan Nasi Kandar, Jom Cuba 7 Kafe Western Paling Best di Penang. Dijamin Halal !

Kategori:
kafe western paling best di penang

Negeri Pulau Pinang sudah jadi destinasi percutian wajib bagi penggemar makanan. Antara makanan popular yang sering menjadi rebutan di Pulau Pinang adalah nasi kandar, laksa, pasembor dan nasi dalca.

Untuk kunjungan anda yang seterusnya ke negeri Pulau Mutiara, apa kata anda ubah angin dan cuba pelbagai hidangan western yang ada ? Semuanya dijamin halal, tau !

Nak tahu tempat makan western mana yang orang Penang selalu pergi ? Jom kita terjah 10 kafe Western paling best di Penang !

7 Kafe Western Paling Best di Penang, Rugi Tak Singgah !

1. Pak Mat Western Café

restoran western terbaik di penang

Mungkin anda sering dengar produk kambing perapnya yang cukup popular, namun pernahkah anda menjamu selera di cafenya sendiri ?

Bagi orang Bukit Mertajam, nama Pak Mat Western tak perlu diperkenalkan lagi sebagai restoran makan malam yang popular.

Antara menu yang sering dipesan pelanggan adalah mix platter yang menawarkan anek sajian dalam satu hidangan. Bolehlah anda kongsi bersama rakan dan keluarga.

Lamb chop di sini pun boleh tahan sedap! Dagingnya yang disiram dengan sos lada hitam memang cukup lembut. Dipadankan pula dengan kentang putar dan coleslaw, makin bertambah lazat jadinya !

Alamat : No. 6 Jalan Industri Tangkas 2 Taman Industri Tangkas Kampung Sekolah, Juru, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Waktu Operasi : Setiap hari, 4.00 petang hingga 12.30 tengah malam

2. Wheeler’s Coffee

kafe western terbaik di penang

Sedang anda bersiar-siar di Georgetown, apa kata anda singgah ke Wheeler’s Coffee untuk nikmati pelbagai pilihan hidangan Western ?

Sebut sahaja apa yang anda inginkan, Wheeler’s Coffee pasti ada. Antara menu yang wajib dipesan adalah Espresso Chicken, Truffle Spaghetti Carbonara dan Charcoal Hawaiian Pizza.

Kalau nak bersarapan di sini pun boleh kerana ia dibuka seawal 8.00 pagi.

Kafe ini bukan sahaja menyajikan hidangan yang cukup enak, malah suasanya juga cukup sesuai untuk anda bersantai dengan rakan dan keluarga.

Alamat : 67, Lorong Love, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 8.00 pagi hingga 10.00 malam

3. Lagenda House & Café

restoran western terbaik di penang

Lagenda House & Café menawarkan hidangan fusion gabungan makanan tradisional Melayu serta makanan Barat.

Selain dekorasi café, menu yang ditawarkan di sini juga diinspirasikan daripada karya seniman tanah air, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee seperti Nasi Goreng Bujang Lapok dan Ayam Percik Madu Tiga.

Untuk hidangan Barat pula, anda boleh cuba Salmon Teriyaki, Baked Chicken Roulade dan Counter Hall Beef Burger.

Alamat : 2, Lebuh Carnarvon, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, dari 12 tengah hari hingga 11.00 malam

4. The Table & Co

restoran western paling best di penang

Kafe yang comel namun cukup selesa ini menawarkan pelbagai hidangan Western, pencuci mulut serta aneka minuman yang menyegarkan tekak.

Dibuka pada jam 3 petang, The Table & Co menjadi destinasi paling tepat untuk anda nikmati minum petang mahupun makan malam.

Bila anda ke sini, jangan lupa untuk pesan menu popular di sini seperti Lamb Shank, Buttermilk Chicken dan Grilled Chicken.

Alamat : 27, Lebuh Carnarvon, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi : Selasa hingga Jumaat : 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam

Sabtu hingga Isnin : 3.00 petang hingga 10.00 malam

5. Rumah Kacha

kafe western paling best di penang

Kafe dengan senibina rumah kaca unik ini wajib anda singgah untuk nikmati pelbagai hidangan Western sambil bergambar !

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan istimewa di sini antaranya Grilled Lamb Chop, Honey Mustard Chicken Burger dan Udang Masak Lemak Cili Api.

Kalau anda nak makanan yang lebih ringan, boleh pesan Grilled Chicken atau Kepak Ayam Thai yang cukup menyelerakan.

Alamat : Hin Bus Depot, 31A Jalan Gurdwara, Penang, Malaysia 10300

Waktu Operasi : Selasa hingga Ahad, 12.00 tengah hari hingga 9.30 malam

6. Pinwheel Resto Café

kafe western terbaik di penang

Memang rugi jika tak berkunjung ke Pinwheel Resto Café jika anda berada di Georgetown. Baru dibuka 2 tahun lepas, restoran ini menawarkan aneka pasta yang wajib anda cuba seperti Carbonara Tom Yum Pasta dan Chicken Rendang Pasta. Jangan lupa juga untuk cuba anek pizza unik di restoran ini seperti Butter Chicken Masala Pizza, Tomyam Prawn Pizza dan Rendang Tok Pizza.

Alamat : 461, Lebuh Chulia, 10200 Georgetown, Pulau Pinang

Waktu Operasi : 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam

7. More by Arang Coffee

kafe western paling best di penang

Satu lagi kafe Western paling best di Penang yang wajib anda singgah adalah More by Arang Coffee yang terletak di Jalan Argyll.

Hidangan Western di sini tak dinafikan cukup enak, harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan. Antara hidangan yang laku keras di restoran ini adalah Awesome Threesome Sandwich, Squid Ink Pasta, Algio Olio serta Salted Egg Pasta. Rugi tak cuba !

Kalau boleh, elakkan untuk datang ke sini pada waktu kemuncak kalau tak nak bersesak dengan pelanggan lain !

Alamat : 170G-2 Livingston Tower Argyll Road, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi : 9.00 pagi hingga 9.00 malam

Boleh tahan menarik juga restoran Western yang ada di Penang. Semuanya menawarkan menu yang cukup unik dan lazat. Memang rugi kalau tak singgah!

Yang pasti, semuanya sedap-sedap belaka dan tawarkan kelazatan yang berbeza. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda terokai hidangan enak di Pulau Pinang nanti.

tags: |