Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tular Lelaki Kaki Review Dakwa Jason Lingkupkan Perniagaan Orang, Tapi Ramai Berpendapat Bahawa ‘Promote & Review’ Tu Berbeza

Tular Lelaki Kaki Review Dakwa Jason Lingkupkan Perniagaan Orang, Tapi Ramai Berpendapat Bahawa ‘Promote & Review’ Tu Berbeza

Kategori: ,
kaki review

Baru-baru ini, seorang lelaki yang selalu membuat video berkenaan makanan dengan nama @ceokakireview membuat satu kenyataan bahawa sesiapa yang ingin memberi komen tentang makanan di kedai-kedai, haruslah memberi komen murni.

Jika tidak sedap, laporkan kepada peniaga dan bukan memberi komen melalui hantaran video.

Tular Lelaki Kaki Review Dakwa Jason Lingkupkan Perniagaan Orang, Tapi Ramai Berpendapat Bahawa ‘Promote & Review’ Tu Berbeza

Berdasarkan komen ramai, video tersebut dituju kepada seorang pempengaruh makanan bernama Jason. Pempengaruh tersebut dikenali dengan review yang jujur berdasarkan citarasanya.

Pendapat @ceokakireview disangkal oleh netizen kerana berpendapat bahawa dia membuat promosi makanan, manakala Jason memberi komen dan kritik terhadap makanan.

Dan kritik tidak bermaksud menghina.

Dituduh kejujurannya telah menjadi punca sesebuah kedai makan menjadi kosong, dia menegaskan bahawa ulasan yang diberikan itu apa yang dirasainya.

Malah, dia percaya jika kalau kedai makan itu sememangnya sedap, buatlah ulasan negatif sekalipun tetap akan dipenuhi dengan pelanggan.

Menjawab kenyataan tidak perlu memuat naik video jika makanan tidak sedap, Jason berpendapat yang dirinya hanyalah pengguna biasa dan pencipta konten yang berkongsi pendapat terhadap makanan yang dijual dan menentukan sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.

“Kalau ikut logik awak, awak menjangkakan semua pengguna biasa tidak boleh memuat naik sebarang video kalau tidak sedap, jika semua orang berfikiran bisnes, seperti awak di dalam video, siapa yang akan menjadi pengguna biasa untuk kesiankan duit susah payah dari kerja kita?” soalnya.

Sumber: ceokkireview

Baca juga: DBKL Hanya Caj RM500 Untuk Tapak Bazar Ramadan Tahun Ini, Ramai Pengunjung Berharap Peniaga Tidak Naikkan Harga Jualan Sewenangnya

tags: |