Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tular & Hangat » “Semua Kantin Kena Bersih Macam Ni” – Kantin Sekolah Bersih Hingga Dapat Markah Tinggi 95% Dari KKM Terima Pujian Ramai

“Semua Kantin Kena Bersih Macam Ni” – Kantin Sekolah Bersih Hingga Dapat Markah Tinggi 95% Dari KKM Terima Pujian Ramai

Kategori: ,
kantin sekolah bersih

Pengendalian makanan yang bersih haruslah dititikberatkan oleh peniaga-peniaga atas faktor kesihatan pengguna.

Jualan makanan harus dibekalkan dan diproses dengan teliti kerana pemakanan menjadi hal yang penting untuk seseorang itu menjalankan gaya hidup sihat.

Dari sekolah, kebanyakan dari kita menghabiskan makanan di kantin sekolah. Oleh itu, kantin sekolah memainkan peranan penting bagi tumbesaran kanak-kanak.

Kantin dapat markah tinggi dari KKM untuk kebersihan

Baru-baru ini, seorang pengusaha kantin sekolah menjadi perhatian ramai apabila menunjukkan keadaan kantin yang cukup cantik sehingga membuat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan markah tinggi kepadanya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Nana Shukri, dia memaklumkan terdapat pegawai bertugas daripada KKM datang untuk membuat pemeriksaan kantin di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur.

kantin sekolah bersih

Kantin dilihat tersusun dan kemas

Dalam video berkenaan Nana turut menunjukkan keadaan kantinnya yang tersusun dengan rapi. Malah dapat dilihat setiap barangan perasa disusun di sebuah meja manakala bahagian dapur untuk memasak dilihat bersih tanpa sebarang percikan masakan.

Kata Nana, sewaktu pegawai itu sampai di kantin terbabit dia terus bertanya adakah ini merupakan kantin yang pernah tular sebelum ini kepada stafnya.

“Setiap kali KKM datang soalan pertama ‘tak masak dekat sini ke?’ (kerana keadaan dapur bersih).

“Padahal sehari 16 jenis lauk untuk cikgu dan 12 jenis makanan untuk murid tukang masak Buna (Nana) siapkan.

“Pukul 9 pagi dapur dah bersih, alhamdulillah dapat pekerja yang cepat, cekap dan pembersih macam bos (Nana) dia,” kata Nana dalam video tular mengenai kantin sekolah bersih tersebut.

Stok barang masakan kantin sekolah disimpan dengan baik

kantin sekolah bersih

Bukan hanya itu, Nana turut menunjukkan tempat dia menyimpan barangan seperti stok minyak, sos dan sebagainya di dalam sebuah bilik. Kelihatan setiap barangan disusun dengan rapi di rak yang disediakan.

Malah barangan seperti gula atau tepung disimpan dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan ia rosak atau tercemar.

Siap dapat markah 95% untuk kebersihan kantin

Jelas Nana mengusahakan kantin sekolah mempunyai peraturan yang sangat ketat. Ini berkemungkinan kerana perniagaan dijalankan melibatkan pelajar serta guru sekolah, maka ia sangat menitik beratkan keselamatan dan kebersihan.

“Alhamdulillah semua okay cuma ada beberapa kesalahan yang perlu dibaiki. Antara kesalahannya siling berlubang, sebab kuat sangat menucuci kantin, mozek pun dah tercabut jadi kena baiki.

“Tahun lepas dapat 94% (tahap kebersihan premis). Alhamdulillah tahun ni tambah lagi 1% jadi 95%.”

Ramai teruja lihat kantin bersih

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja melihat kebersihan kantin terbabit malah ada yang berharap dapat merasa makanan disediakan oleh kantin berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang merasa puas melihat barangan yang disusun dengan rapi.

Sumber: Nana Shukri 

Baca juga: KPDN Buat Lawatan Mengejut Ke Gerai Satay Bhalut RM24.90 Mark Adam Raih Perhatian Ramai

tags: | |