
Bila tiba bulan Ramadan, isu kantin sekolah patut dibuka atau ditutup selalunya akan timbul sehingga mencetus perdebatan netizen.
Tetapi, ramai juga yang menyokong supaya kantin terus dibuka lebih-lebih lagi untuk sekolah yang bercampur pelajar muslim dan non-muslim.
Hal ini kerana, ibu bapa boleh mendidik anak-anak supaya kuat dan menghormati orang sekeliling yang tidak diperlukan untuk puasa. Bukankah Islam mengajarkan benda yang murni itu?
Untuk rekod lalu, Kementerian Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek turut mengingatkan pengurusan sekolah untuk meneruskan operasi kantin sekolah masing-masing seperti biasa pada bulan Ramadan.
Malah menurutnya, perkara tersebut telah diumumkan sebelum ini.
“Berkenaan pembukaan kantin juga sama saja macam biasa kita umumkan setiap tahun. Macam biasa tiada masalah.
“Dua minggu sahaja kantin beroperasi untuk sesi sekolah bulan Ramadan, jadi tiada masalah,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian
Baca juga: Ramai Teruja Farm Fresh Kini Jual Mentega, Jadikan Buatan Malaysia Sebagai Pilihan Ramai