Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Tiada Makanan Proses” – Sebuah Kantin Sekolah Di Kelantan Jual Makanan Sihat Kepada Pelajar, Amalan Ini Terima Pujian Ramai

“Tiada Makanan Proses” – Sebuah Kantin Sekolah Di Kelantan Jual Makanan Sihat Kepada Pelajar, Amalan Ini Terima Pujian Ramai

Kategori: ,
kantin sekolah

Memandangkan kita hidup dalam dunia yang serba pantas, ramai di antara kita akan bergantung kepada makanan segera ataupun ‘process food’.

Walaupun ia mungkin mudah, adalah penting untuk diambil perhatian bahawa makanan yang diproses segera ini ada yang sememangnya tidak sihat jika kita memakannya setiap hari.

“Tiada Makanan Proses” – Sebuah Kantin Sekolah Di Kelantan Jual Makanan Sihat Kepada Pelajar, Amalan Ini Terima Pujian Ramai

Dengan itu, sebuah sekolah rendah di Kelantan telah mengambil langkah sendiri dengan menyediakan alternatif yang lebih sihat untuk pelajar mereka di kantin sekolah.

Dalam usaha menggalakkan pelajar mereka makan dengan lebih sihat dan mengelakkan makanan proses tinggi – SK Hamzah 1 telah memutuskan untuk menyediakan makanan yang mengandungi nutrien yang mencukupi untuk kanak-kanak.

Menurut Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Kelantan, mereka mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas usaha mereka.

Berkongsi gambar makanan, kantin itu kini menyajikan makanan seperti ‘finger food’ yang diperbuat daripada sayur-sayuraran serta hidangan panas seperi mi sup, bihun goreng dan buah-buahan segar.

Selain itu, pihak kantin juga akan menyediakan minuman malt, barli, jus buah-buahan dan makanan sihat yang lain supaya pelajar-pelajar boleh menikmati pelbagai jenis makanan sihat.

“Walaupun perlu diingat bahawa mengukus atau memanggang beberapa makanan yang dihidangkan adalah yang terbaik, kami perlu mengambil kira kesukaan kanak-kanak,” kata jabatan itu.

Berhenti hidang makanan proses seperti nuget & sosej

Selain itu, mereka menyebut bahawa mereka juga perlu mempertimbangkan vendor yang mengendalikan kantin, memastikan makanan yang dimasak dijual dalam keadaan baik.

“Merupakan satu pembaziran jika penjual telah memasak makanan tetapi kanak-kanak enggan membelinya kerana ia tidak menarik kepada mereka,” tulisnya. kantin sekolah

Susulan keputusan mereka untuk mengubah menu makanan, kantin juga telah berhenti menghidangkan makanan proses tinggi seperti nuget dan sosej.

Mana-mana makanan goreng yang dihidangkan dibuat dengan makanan asli seperti isi ayam, keledek dan cendawan enoki.

Melihat kepada ruangan komen, ramai yang menyatakan ini adalah inisiatif kantin sekolah yang sangat bagus di samping menjamin kesihatan pelajar-pelajar sekolah.

Sumber: Pusat Makluman Pemakanan Negeri Kelantan 

Baca juga: Pelanggan Dari Singapura Pecah Rekod Pesan Nasi Kandar Sulaiman RM300, Siap Bawa Talam Datang Restoren

tags: |