
Kari ayam Malaysia mencatat sejarah apabila dinobatkan sebagai stew terbaik dunia dalam senarai 100 stew terbaik yang dikeluarkan oleh platform kuliner antarabangsa, TasteAtlas.
Dengan skor 4.7 daripada 5 bintang, hidangan tradisional ini berjaya mengatasi pelbagai jenis stew terkenal dari seluruh dunia, berdasarkan lebih 35,000 ulasan pengguna yang ditapis kesahihannya oleh TasteAtlas.
Hidangan kari ayam Malaysia terkenal dengan kepekatan rempah seperti kunyit, jintan dan ketumbar, diserikan lagi dengan santan pekat yang menghasilkan rasa berlemak dan aroma wangi yang menggoda selera.
TasteAtlas turut menyenaraikan beberapa tempat yang disyorkan untuk menikmati kari ayam autentik di Malaysia, antaranya restoran Madam Kwan’s di Subang Jaya.
Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan rakyat Malaysia, malah membuktikan keunikan masakan tradisional negara mampu berdiri sama tinggi di pentas kuliner antarabangsa.
Senarai penuh 100 stew terbaik dunia itu boleh dirujuk di laman rasmi TasteAtlas.
Sumber: TasteAtlas
Baca juga: Rasa Nak ‘Membuang’ Bila Masuk Kedai Eco Dan Daiso? Ini Penjelasan Saintifik Dari Doktor