Kari Ayam

Kari ayam kini dimasak oleh kebanyakkan kaum di Malaysia yang terkenal dengan semangat muhibbah. Malah ia boleh dinikmati bersama nasi, roti dan banyak lagi kerana ia terpulang kepada selera masing masing. Jom cuba resepi yang mudah , cepat dan sedap ini.

RESEPI
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 200ml santan segar
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih, buah pelaga)
  • 1 biji kentang
  • 1/3 air asam jawa
  • 1/2 cawan air
  • 1.5 sk garam
  • 3.5 sb rempah kari ayam + 1 sb serbuk cili + 2/3 cawan air
CARA PENYEDIAAN
  1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan, bawang besar, bawang putih, halia
  2. Masukkan bahan rempah kari
  3. Masukkan 1/2 cawan air (tumis sehingga pecah minyak)
  4. Masukkan ubi kentang (biarkan kentang separuh masak)
  5. Masukkan ayam, gaul dan biarkan sehingga ayam separuh masak
  6. Masukkan air asam jawa dan santan serta garram (tutup dan biarkan sehingga ayam masak sepenuhnya)

 

SIAP DAN SELAMAT MENCUBA

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 12 times!)