Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Dikenali Sebagai Kari Hulk, Ini Resepi Kari Hijau Thai Yang Anda Perlu Cuba!

Dikenali Sebagai Kari Hulk, Ini Resepi Kari Hijau Thai Yang Anda Perlu Cuba!

Kategori: ,
kari hijau thai

Bagi peminat masakan kari, sudah tentu anda sudah terbiasa dengan kuahnya yang pekat dan berwarna oren. Tapi tahukah anda ada satu kari yang berbeza dari kari yang lain iaitu kari hijau thai?

Berwarna hijau dan mempunyai rasa yang pedas-pedas, kari ini mendapat warnanya dari penggunaan cili hijau dan herba yang mudah didapati di Thailand seperti cili hijau, daun ketumbar, daun selasih dan sebagainya. Jadi, jika anda berminat untuk cuba, jom baca perkongsian resepi kari hijau thai oleh Mia Amiera. Nampak sangat menyelerakan!

Resepi Kari Hijau Thai

Bahan-Bahan

  • Dada ayam atau isi ayam
  • Terung hijau
  • Kacang pangjang
  • Daun limau purut
  • Daun selasih
  • Santan kelapa
  • Lada merah untuk hiasan
  • Sos ikan
  • Gula perang

 

Bahan-Bahan Untuk Pes Kari

  • Serbuk jintan manis
  • Lada hitam
  • Lada putih
  • Ketumbar
  • Belacan
  • Kulit limau purut
  • Cili hijau
  • Lengkuas
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Dauk ketumbar
  • Akar ketumbar
  • Serai

Cara-Cara Penyediaan

  1. Kisar semua bahan-bahan untuk pes kari sehingga halus. Ketepikan.
  2. Masukkan santan setengah cawan dengan pes yang dikisar tadi dan masak sampai pecah minyak.
  3. Masukkan isi ayam, daun limau purut, sos ikan, gula perang dan masak sampai kari agak-agak pecah minyak.
  4. Masukkan baki santan banyak mana yang anda mahu. Nak kuah banyak dan pekat boleh letak lebih.
  5. Bila kari dah agak-agak masak, boleh masukkan terung, kacang pangjang dan segengam daun selasih. Saya suka letakkan banyak sebab baunya wangi.
  6. Perasakan dengan gula, garam atau serbuk perasa.
  7. Bila dah masak, masukkan cili merah sebagai hiasan.

Warnanya yang hijau, memang tak hairan kenapa orang memangil kari ini sebagai kari Hulk, kan? Kari hijau Thai ini antara hidangan Thailand yang perlu anda cuba. Jangan risau, anda tak jadi hulk punya bila cuba, cuma bagi yang tak boleh dengan pedas tu jaga-jaga lah ya.

Selamat mencuba.

Kredit: Mia Amiera

Baca Juga: Jauh Tersasar Dari Yang Asli, Jamie Oliver Sekali Lagi “Mengecewakan” Uncle Roger! Gelak Panjang Bila Tonton Videonya!

 

tags: