Sejak dahulu lagi karipap menjadi kegemaran ramai. Malah, ianya mudah didapati dan dijual di kedai makan dan gerai kecil. Memandangkan kuih itu masih lagi mendapat sambutan dan digemari, orang ramai berebut-rebut untuk menjana pendapatan sampingan dengan menjualnya. Namun, amatlah mengecewakan jika para peniaga hanya meniaga kuih tersebut untuk mengaut keuntungan dan tidak menitikberatkan pada kualiti ketika penyediaannya.
Seperti yang dikongsikan oleh nurinhrmy, dia hanya mampu memuat naik sebuah video dan berkongsi rasa kekecewaannya baru-baru ini dengan karipap yang dibeli oleh seorang peniaga yang tidak prihatin.
Dimuat naik di laman TikTok, wanita itu berasa teruja untuk menikmati sebungkus nasi lemak bersama beberapa biji karipap yang dibeli. Bagaimanapun, setelah mencuba, dia hanya mampu terkedu apabila karipap yang telah dibeli itu rupanya karipap ‘batu’.
Terlampau keras, wanita itu memaparkan pada penonton videonya bahawa perkara itu bukanlah gurauan. Apabila dihentak, dua biji karipap itu tidak rapuh, membuktikan bahawa ianya betul-betul keras dan boleh merosakkan gigi apabila dimakan. Walaupun kurang berpuas hati, wanita itu hanya mampu redha dan anggap apa yang terjadi merupakan satu ujian buatnya.
https://www.tiktok.com/@nurinhrmy/video/7042482791245761818?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145
@nurinhrmy Ujian di pagi Jumaat yang penuh barokah😌 #karipapbatu #fypdongggggggg ♬ Now Look at This – Dramatello
Menjengah di ruangan komen, netizen mencadangkan beberapa kegunaan lain untuk karipap tersebut. Tak elok jika dimakan dan sangat mebazir bila dibuang, ini pula cara lain untuk mereka menggunakannya.
Walaupun kuih karipap itu mudah dan ringkas, namun peniaga tidak seharusnya mengambil mudah dengan penyediaannya dan mementingkan kualiti makanan yang dijual. Jika meniaga sambil lewa, perkara itu akan merugikan pada masa akan datang.
Kredit: TikTok nurinhrmy
Baca Juga: Viral Bekas Minuman Starbucks Tidak Dibuang Ke Tempat Sepatutnya, Pemilik Nama ‘Husna’ Dicari