Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Karipap Daun Sup Lain Dari Lain, Lebih Sedap & Rangup. Belum Cuba Belum Tahu! 

Cara Buat Karipap Daun Sup Lain Dari Lain, Lebih Sedap & Rangup. Belum Cuba Belum Tahu! 

Kategori:
cara buat karipap daun sup yang mudah

Karipap merupakan antara kuih muih tradisional Melayu yang sangat sedap dan tidak pernah lapuk dek hujan. Malah masih banyak lagi yang dijual di mana-mana kedai di Malaysia ini. Terdapat pelbagai jenis karipap antaranya karipap buncit, karipap pusing dan juga karipap jerawat.

Malah terbaharu, ada seorang wanita kongsikan Karipap Daun Sup. Tak pernah dengar atau terjumpa kan? Mungkin anda semua boleh cuba sebab rasanya sedap sangat. Memang tak menyesal kalau buat.

Resepi Karipap Daun Sup Yang Mudah, Lebih Wangi Serta Sedap!

Bahan-bahan:

  • 500 gram tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 1 sb marjerin
  • 1 sb shortening
  • 1 cawan air
  • Daun sup | dicincang halus

Cara Penyediaan:

  1. Larutkan garam dalam air, tuangkan air sedikit demi sedikit dalam tepung.
  2. Gaul rata dan masukkan daun sup.
  3. Gaul sebati kemudian masukkan marjerin dan shortening.
  4. Uli sehingga doh menjadi licin.
  5. Tutup doh dan biarkan selama 20 minit baru guna.

Mudah sahaja kan nak buat Karipap Daun Sup ini? Main campak-campak je yang penting tetap sedap dan menjadi. Kalau nak buat inti kentang, boleh rujuk resepi ini.  Nanti kalau dah buat dan nyatanya sedap jangan lupa untuk kongsikan artikel atau resepi ini kepada kenalan anda ya.

Selamat mencuba!

Kredit: Sai Sy Via MATJHN

Baca juga: Cara Buat Karipap Frozen Yang Rangup, Flawless & Tak Menggerutu Bila Digoreng, Cantik Sempurna!

tags: | |