Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kaswi Gula Merah

Kaswi Gula Merah

Kategori:
kaswi gula merah

Kaswi gula merah atau kosui adalah sejenis kuih muih tradisional. Kali ini kami kongsikan kepada anda resepi kaswi gula merah.

Bahan-Bahan :

  • 240 gm gula merah
  • 120 gm gula pasir
  • 250 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • 210 gm tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 625 ml air
  • kelapa muda – diparut

Cara-Cara :

  1. Masukkan gula merah, gula pasir, 250 ml air dan daun pandan ke dalam periuk dan panaskan.
  2. Campurkan tepung gandum dan tepung ubi.
  3. Masukkan 625 ml air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung.
  4. Kemudian masukkan bahan yang telah dipanaskan tadi dan kacau rata.
  5. Selepas siap diadun, masukkan ke dalam acuan kaswi dan kukus selama 1 jam.
  6. Taburkan sedikit garam ke dalam kelapa muda dan golek-golekkan kaswi yang telah masak dan sedia untuk dihidang.

 

Kami sediakan juga video untuk tontonan anda sebagai rujukan. Selamat mencuba!

tags: | |