Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sangat Sedap..”, Katy Perry Teruja, Siap Menari Lagi Setelah Rasa Rendang Itik & Pulut Kuning Dari Peserta Malaysia

“Sangat Sedap..”, Katy Perry Teruja, Siap Menari Lagi Setelah Rasa Rendang Itik & Pulut Kuning Dari Peserta Malaysia

Kategori:
katy perry teruja makan pulut kuning

Siapa sahaja yang tidak mengenali Katy Perry, dia merupakan selebriti antarabangsa yang berasal dari Amerika Syarikat. Selain dari penyanyi, dia juga merupakan seorang pelakon dan ahli perniagaan. Sempat mengeluarkan album rohani yang diberi tajuk namanya dan mula aktif dalam dunia seni pada tahun 2001.

Malah dia juga sempat menjadi juri jemputan di program Masterchef Australia pada tahun lepas yang mana turut disertai oleh peserta dari Malaysia. Ekoran itu, kehadirannya sangat mendapat perhatian ramai. Kehadirannya itu juga turut membuatkan peserta Masterchef musim ke 12 itu berasa teruja.

Katy Perry sangat menikmati rendang itik dan pulut kuning

Menerusi pertandingan Masterchef Australia itu, peserta yang mewakili Malaysia iaitu Poh telah menyajikan kelainan dalam hidangan yang dipersembahkan. Poh yang mana telah menetap di Australia memilih pulut kuning dan rendang itik untuk menu bagi minggu tersebut.  Umum mengetahui, apabila rendang dimakan dengan pulut kuning ia akan menjadi sangat lazat dan menyelerakan.

Untuk musim ini, Poh telah menghidangkan pulut kuning dan rendang dengan cara yang sedikit berbeza. Kerana rendang tersebut kelihatan digulung bersama-sama roti jalan pandan. Manakala rendangnya pula berada di tengah-tengah pulut kuning tadi dan diletakkan acar timun di atasnya.

Pada mulanya, Katy Perry amat menyukai cara hidangan tersebut yang dianggap warna dan hidangannya menarik. Malah dia juga sempat memberitahu sangat teruja untuk merasai rendang tersebut kerana baunya yang begitu menyelerakan sebelumnya. Chef lain juga turut memberitahu ianya kelihatan menarik. Tidak berapa lama kemudian, juri dan Katy Perry mula merasai hidangan ini.

Namun maklum balas yang diterima adalah sangat baik. Kesemua para juri memberikan maklum balas yang sangat baik. Katy Perry juga kelihatan menyuapkan pulut kuning dan rendang itik tersebut berkali-kali sebelum menari kerana kesedapannya. Malah gelagat Katy Perry pada ketika itu juga sangat menghiburkan Poh dan penonton.

 

https://www.youtube.com/watch?v=xWkH32qoDRE

Menerusi video yang dikongsikan oleh Lifetime Asia menerusi YouTube itu nyatanya ia telah menarik perhatian orang ramai. Rata-rata dari warganet meninggalkan komen yang baik. Rata-rata dari mereka juga turut teruja dan ada yang sempat menulis komen menyatakan pulut kuning dan rendang adalah gabungan yang sangat menarik.

Terliur pula kan tengok Katy Perry dan yang lain makan pulut kuning dan rendang ini? Kalau malas nak keluar beli apa kata buat sendiri je rendang dan pulut kuning ini di rumah. Rujuk sahaja resepi dalam blog Daily Makan ini. Selamat mencuba!

Kredit: Lifetime Asia

Baca juga: “Better Beli Sushi..”, Beli Takoyaki Octopus Tapi Dapat Isi Secoet Buat Founder Ini Kecewa

tags: | |