Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Rumah Terlalu Kotor, Sinki Tersumbat & Air Bertakung, Namun Ibu Tunggal 9 Anak Ini Masih Boleh Hidup Dalam Keadaan Begini

Rumah Terlalu Kotor, Sinki Tersumbat & Air Bertakung, Namun Ibu Tunggal 9 Anak Ini Masih Boleh Hidup Dalam Keadaan Begini

Kategori:
rumah ibu tunggal terlalu kotor

Kebersihan adalah separuh daripada Iman. Walau sesibuk mana pun kita, walau miskin macam mana pun kita, kebersihan perlu dijaga dan dititik beratkan. Pastikan rumah sentiasa bersih, rumah yang bersih juga antara salah satu faktor rezeki kita diluaskan.

Namun masih ada yang sanggup atau tidak rasa apa-apa apabila tinggal dalam keadaan rumah yang sangat kotor. Seperti mana kisah yang dikongsikan oleh seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu menerusi facebooknya.

Menurutnya, dia telah pun terima panggilan seorang ibu tunggal yang meminta bantuan apabila rumahnya alami masalah pair bocor.

Sebelum ini, ibu tunggal berkenaan sudah meminta pihak lain untuk membaiki namun permintaannya itu ditolak. Namun tak siapa sangka apabila Natipah Abu tiba di rumah ibu tunggakl terbabit, beliau mendapati keadaan rumah sangat kotor.

Lantai melekit, tandas tak bercuci. Walhal kediaman tersebut didiami oleh ibu tunggal yang mempunyai 9 orang anak termasuk empat yang sudah bekerja.

Jangan tanya di mana…

JANGAN TANYA DI MANA !
Kelu lidah ..
Mula – mula masuk .. terpaksa keluar semula.. rasa nak putus nyawa ..
Masuk semula setelah sapu minyak cap kapak penuh hidung dan mask …
Masalah paip sumbat …
Rumah milik seorang ibu tunggal, anak 9 … 4 orang sudah bekerja .. semua tinggal serumah.
“ Macam manalah yang dah bekerja tu hidup dalam keadaan macam ni .. Memang tak boleh nak jawab sungguh … “
* Kes dirujuk kepada kita utk tujuan membaiki paip yg tersumbat setelah ditolak beberapa pihak

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang terkejut dan ada juga yang memberi cadangan untuk memberi kaunseling serta kesedaran kepada penghuni-penghuni rumah tersebut tentang pentingnya menjaga kebersihan.

Jangan jadikan kesusahan tu sebagai alasan..

Kena kaunseling isi rumah ni…

Tidak didatangi malaikat rumah yang kotor…

Sumber: Natipah Abu

Baca juga: “Pertama Kali Tengok..”, Pokok Nangka Tumbuh Dan Berbuah Dalam Rumah Buat Netizen Teruja

tags: | |