Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ramai Kecam Tindakan Berhentikan Pekerja Lelaki Rantai Salib Jika Itu Puncanya, Tak Patut Ada Diskriminasi Dalam Pekerjaan

Ramai Kecam Tindakan Berhentikan Pekerja Lelaki Rantai Salib Jika Itu Puncanya, Tak Patut Ada Diskriminasi Dalam Pekerjaan

Kategori:
pekerja lelaki rantai salib

Semalam, Malaysia dihebohkan dengan berita seorang pekerja di sebuah Restoran Mon Chinese Beef Roti Bukit Bintang yang memakai rantai salib sambil bekerja.

Hal itu menjadi bualan ramai apabila ada yang menyatakan ketidakpuasan kepada pekerja terbabit kerana restoran itu turut menyediakan makanan kepada orang Islam.

Ramai Kecam Tindakan Berhentikan Pekerja Lelaki Rantai Salib Jika Itu Puncanya, Tak Patut Ada Diskriminasi Dalam Pekerjaan

Berita melaporkan, restoran berkenaan mengakui kesilapan pihaknya kerana terlepas pandang dengan isu pemakaian rantai salib membabitkan individu yang didakwa salah seorang kakitangannya.

Pengurus cawangan tempatan restoran dikenali Sofia, 27, mengesahkan individu berkenaan sebelum ini adalah seorang daripada kakitangannya.

Bagaimanapun, lelaki itu sudah tidak lagi bekerja di restoran selepas diberhentikan dan pihak pengurusan memohon maaf kepada mereka yang tersinggung serta berasa kurang senang selepas menonton video tular itu.pekerja lelaki rantai salib

Oleh hal demikian, ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan kerana dianggap ia sebagai satu diskriminasi dalam pekerjaan sebagai seorang manusia.

“Diberhentikan? Dia bukan buat kesalahan pelanggaran SOP penyediaan makanan yang menyebabkan orang sakit / keracunan makanan sampai nak kena diberhentikan. Boleh nasihat untuk cover bila kita kerja sahaja. Tolonglah jangan aniaya orang,” kata netizen yang rata-ratannya sehaluan dengan pendapat berkenaan.

“Jika Pekerja Lelaki Rantai Salib Dibuang Kerana Pakai Rantai Salib, Ia Diskriminasi”

Memetik laporan Harian Metro tentang isu pekerja lelaki rantai salib, pihak restoran berkata, mereka berjanji akan lebih peka supaya tidak terlepas dengan pandang dengan perkara menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Saya akui ia adalah kesilapan pihak pengurusan kerana tidak memeriksa dengan teliti latar belakang bekas kakitangan kami itu. Dia (bekas kakitangan) sudah diberhentikan oleh pengurusan sebelum saya dapat tahu lagi mengenai isu tular dan mohon maaf sangat atas kesilapan itu.

“Jujurnya, saya tak boleh tidur lena memikirkan isu berkenaan kerana terkejut apabila dapat tahu video itu tular dengan begitu cepat,” katanya ketika ditemui Harian Metro.pekerja lelaki rantai salib

Sofia berkata, buat masa ini, restoran masih beroperasi dengan bantuan empat pekerja dari China dan seorang warga tempatan yang kesemuanya Cina Muslim.

Berhubung status halal pula, Sofia berkata, perkara itu memang menjadi keutamaan pihak pengurusan kerana menyedari ramai dalam kalangan pelanggan mereka adalah Muslim.

“Sebelum buka restoran di sini lagi, kami sudah berhubung dengan ejen  dilantik bagi membantu dalam menguruskan proses mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Cuma proses mendapatkan sijil halal itu mengambil masa kerana banyak dokumen diperlukan dan saya pula masih muda dalam menguruskan perniagaan tapi akan cuba sehabis baik (bagi mendapatkan sijil halal),” katanya.

Mengenai sambutan diterima pula, Sofia tidak menyangka restoran diusahakannya akan tular hingga dikunjungi ramai pelanggan setiap hari kerana baru dua bulan dibuka di negara ini.

Sambutan Diterima Baik, Mahu Sehabis Baik Jalankan Perniagaan Dengan Hemah – Peniaga

“Di China ada 52 cawangan dan memang popular hingga pelanggan berbaris panjang di semua premis di sana.

“Di sini pula adalah cawangan pertama dan sangat baru tapi tak sangka kerana sambutannya luar biasa. Bahan mentah digunakan dijamin halal dengan bekalan diperoleh daripada dalam negara. Terima kasih kepada semua yang datang,” katanya.

Baca juga: “Kenapa Nasi Ayam RM6, Tapi Nasi Putih+Lauk Ayam+Sayur RM9?”, Pertanyaan Lelaki Ini Cetus Debat Netizen

tags: | |