Demi mencari rezeki sampingan bagi menampung kos hidup, ramai yang memilih untuk membuka perniagaan kecil dan melakukan jualan. Rata-rata lebih suka menjual makanan kerana permintaannya tetap tinggi.
Namun kebelakangan ini, orang ramai lebih berhati-hati apabila membeli di luar. Ini kerana terdapat pelbagai pengalaman buruk yang telah dikongsikan oleh orang ramai di media sosial apabila berurusan dengan peniaga. Nampaknya hal ini masih berlaku dan seorang wanita juga telah ‘terkena’ dengan seorang peniaga kebab baru-baru ini.
Terbaharu, seorang wanita memuat naik sebuah video dan berkongsi luahan hatinya apabila telah ditipu oleh seorang peniaga. Ingin membeli sebungkus kebab di gerai itu untuk berbuka puasa, dia telah membayarnya dan membawa ia pulang untuk dimakan.
Namun apabila ingin berbuat demikian, wanita itu terkejut apabila mendapati kebab yang dibeli adalah tidak sama seperti sangkaannya. Kena scam, roti yang digunakan untuk kebab tersebut adalah roti putih, sangat lain dari kebab yang original.
Menurut wanita itu, hal tersebut amat mengecewakannya tapi nasib baik intinya sedap, boleh dimakan. Tambahan pula, kebab itu dibeli oleh seorang peniaga di tepi jalan dengan harga RM2.50 sahaja.
@kyramali kena scam 🥺😢 beli kebab tepi jalan. nak makan masa berbuka tu terkejut tengok dapat roti putih macam tu je. nasib inti sedap 😂 #puasa #moreh #scam #kebab #terengganu #ramadan
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terkejut melihat perkara tersebut. Tak sangka ada peniaga yang sangup berbuat begitu, malah ada juga berpendapat bahawa lebih elok membeli dari restoran segera jika ditipu sebegini.
Perkara ini tidak harusnya berlaku dan amat menghampakan banyak pihak. Seharusnya jika kekurangan bahan sekalipun, peniaga seharusnya memaklumkan hal itu kepada pelanggan sebelum itu. Nasib baik harga kebab yang dijual itu tidak semahal seperti yang lain.
Kredit: kyramali