Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Umpama Tak Hormat Dengan Kerja Rider..” Kecewa Dengan Sikap Melampau Seorang Wanita Pada Rider, Lelaki Ini Tampil Dengan Nasihat

“Umpama Tak Hormat Dengan Kerja Rider..” Kecewa Dengan Sikap Melampau Seorang Wanita Pada Rider, Lelaki Ini Tampil Dengan Nasihat

Kategori:
KECEWA-DENGAN-SIKAP

Tular kebelakangan ini, ramai food rider sering menjadi mangsa prank order oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Amat lah sedih dan mengecewakan apabila ada yang sanggup mengambil kesempatan dan mengenakan rider apabila mereka gigih untuk mencari rezeki, perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku.

Walaupun ramai pihak telah berusaha untuk menasihati orang ramai untuk menghentikan tindakan tersebut, namun ianya masih lagi berlaku. Melampau dan menganiaya para rider, perkara ini bukannya sesuatu yang menghiburkan.

Kecewa Dengan Sikap Melampau

Di laman TikTok, seorang pengguna, khuzaimie_lemat1.0, memuat naik sebuah video dan meluahkan rasa kekecewaannya dengan sikap melampau seorang wanita apabila berurusan dengan seorang food rider.

Menerusi video wanita itu, dia telah mendakwa bahawa prank order tersebut berlaku kerana rider lain yang ingin menganiaya dan meletakkan pesanan itu. Selain itu, wanita itu juga bertindak membuka beg rider itu untuk mengambil makanan tersebut.

Melihat video itu, khizaimie_lemat1.0, cuma mampu mengeluh dan berasa kecewa dengan sikap melampau yang telah dipaparkan oleh wanita itu. Tampil dengan beberapa nasihat, lelaki itu berasakan ayat yang digunakan oleh wanita itu tidak patut kerana dia seolah ingin menfitnah rider lain, mendakwa bahawa prank order itu terjadi oleh kerana perbuatan khianat segelintir rider.

Kedua, lelaki itu berasakan wanita itu tidak seharusnya sesuka hati membuka beg rider tanpa kebenaran, seolah tidak menghormati pekerjaan rider tersebut. Akhir sekali, lelaki itu memohon untuk menghentikan video prank sebegini olehnya dan memuat naik sebuah video permohonan maaf agar isu ini tidak lagi dibesarkan. Tambahnya, prank order ini bukannya tindakan rider tapi pelanggan yang tidak berpuas hati.

https://www.tiktok.com/@khuzaimie_lemat1.0/video/7042722291628657946?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8g46VX0ou4joGVMEAsgpXnJSbvU3VvohZYx4iIWKyu%2BMkeQRJy6iyrV88ArU94mQ7%2FHfHohpxUPlRQXbSGgA%3D&checksum=7af5748f52e86752631b4915f910e3c0e3f2207978c923454a0bf9664659af1e&language=en&mid=7042722332791671579&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7042722291628657946&share_link_id=3df2a34c-0e06-45d5-bdae-497acb31413d&source=h5_t&timestamp=1639786356&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937

@khuzaimie_lemat1.0Kita orang aniaya SKUAD kita orang sendiri? Adakah ini satu FITNAH buat semua RIDER saya bertanya saja harap di perjelaskan? ##foryoupage ##fyp ##fypシ♬ bunyi asal – CEO OF FOODPANDA

Mungkin Dia Yang Buat Prank Order Itu

Menjengah di ruangan komen, warganet tidak berpuas hati melihat sikap wanita itu. Malah, ramai yang berasakan bahawa dialah yang melakukan prank order tersebut bagi meraih perhatian. KECEWA-DENGAN-SIKAP

Walaupun ingin meraih perhatian, rider tidak seharusnya menjadi mangsa prank order. Semoga kegiatan ini dihentikan kerana ia akan menyusahkan pelbagai pihak.

Kredit: TikTok khizaimie_lemat1.0

Baca Juga: “Ingat Senang Ke Kerja Rider Tu?” Viral Abang Panda Terkena Prank Order Melampau Dengan Customer, Warganet Bersimpati

tags: