Tomyam merupakan kegemaran ramai. Bahkan di Malaysia, mana-mana restoran akan menyediakannya. Oleh itu, para peniaga sedang berlumba-lumba untuk menyediakan hidangan Tomyam terbaik. Namun, ada juga segelintir peniaga yang leka dan tidak mementingkan kualiti Tomyam yang dihidangkan.
Terlalu mementingkan keuntungan dan tidak menitikberatkan rasa dan kualiti, akhir sekali Tomyam yang disediakan adalah tidak berbaloi dengan harga yang dibayar pelanggan. Hal itu akan menyebabkan mereka berasa kecewa sehingga bertindak drastik seperti mana yang dilakukan oleh seorang lelaki menerusi video yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna, hanaasfn, di laman TikTok.
Merupakan penggemar hidangan Tomyam, seorang lelaki beria untuk menjamu hidangan tersebut setelah memesannya di sebuah kedai makan. Setelah menanti, dia terus sahaja mencapai untuk merasai hidangan kegemarannya apabila ia tiba. Namun setelah dicuba, lelaki itu mendapati bahawa tomyam yang dipesan tidak mempunyai rasa.
Tidak berpuas hati, lelaki itu terus sahaja berdiri dari meja makan dan menuju ke kedai runcit yang berdekatan. Bila pulang, dia terus menambah kiub pati Tomyam untuk menyedapkan lagi hidangan yang telah dipesan mereka. Dari menyusahkan tukang masak, dia lebih senang berbuat begitu.
https://www.tiktok.com/@hanaasfn/video/7054433857231162650?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145
@hanaasfn #ad chef tak berbayar🤣🤣 #fyp #foryourpage #beranda #fypdongggggggg ♬ suara asli – rafaaldiansyah
Menjengah di ruangan komen, netizen memuji tindakan lelaki itu. Malah, ada juga yang pernah mengalami perkara yang sama dan lebih rela memilih untuk membaiki masakan tersebut dengan air tangan sendiri.
Seharusnya sebagai para peniaga yang berhemah, hal ini bukan menjadi tanggungjawab pelanggan untuk membeli bahan-bahan dan membaiki masakan anda. Semua orang mempunyai cita rasa berbeza-beza tapi janganlah meniaga sehingga masakan anda tawar dan tidak mempunyai rasa.
Jika kita berniaga sebaik mungkin dan cuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati pelanggan, kebaikan dan pintu rezeki sudah tentu akan dibuka seluasnya buat kita.
Kredit: TikTok hanaasfn