Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hati-Hati Bila Memilih Tempat Makan..” Kecoh Pelanggan Mengamuk Di Kedai Mamak, Semuanya Gara-Gara..

“Hati-Hati Bila Memilih Tempat Makan..” Kecoh Pelanggan Mengamuk Di Kedai Mamak, Semuanya Gara-Gara..

Kategori:
KEDAI MAMAK

Apabila kemana-mana premis kedai makan, orang ramai mementingkan faktor kebersihan selain dari harga yang berpatutan dan makanan yang enak, kena dengan selera.

Namun begitu, masih ada segelintir peniaga yang memandang rendah soal kebersihan kerana lebih mementingkan untung dan tidak menjaga premis kedai makan dan kualiti makanan yang dihidang pada pelanggan. Meskipun pihak berkuasa telah melakukan pelbagai usaha untuk mengawalnya, nampaknya sikap ini masih wujud dalam segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Kecoh Pelanggan Mengamuk Di Kedai Mamak Gara-Gara..

Di laman TikTok, seorang pengguna, john_ting, memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan situasi tegang diantara peniaga dan pelanggan di sebuah kedai mamak.

Dalam video tersebut, pelanggan itu, seorang lelaki kelihatan mengamuk dan memarahi seorang lelaki yang dipercayai sebagai pemilik kedai mamak tersebut. Tidak berpuas hati dengan kualiti makanan yang dihidang yang didapati berulat, pelanggan tersebut melarang peniaga tersebut dari menghidangkan makanan pada pelanggan yang lain.

Apabila seorang perkerja datang untuk mengalihkan pinggan tersebut, pelanggan itu melarangnya dari berbuat demikian. Selepas itu, mereka bertindak dan zoom in pula pada hidangan yang dimakan pelanggan tersebut. Didapati berulat, suara pelanggan itu boleh didengari memaki hamun peniaga tersebut.

@john_ting

ayam berulathati hati guys memilih tempat makan✌️✌️🥶🥶

♬ bunyi asal – John Ting – 𝕁𝕆ℍℕ 𝕋𝕀ℕ𝔾

@john_tingayam berulathati hati guys memilih tempat makan✌️✌️🥶🥶♬ bunyi asal – John Ting

Kedai Itu Pernah Ditutup

Menjengah di ruangan komen, seorang warganet tampil dan menjelaskan bahawan kejadian ini pernah berlaku pada pemilik kedai tersebut. Pernah ditutup atas faktor kebersihan, akhirnya ia dibuka kembali. KEDAI MAMAK

Trauma Pula Nak Makan Di Kedai Mamak

Malah, ada juga beberapa individu yang berasa risau untuk menjamu di kedai mamak atas faktor kebersihan. Perkara itu boleh membuatkan orang ramai berasa geli. KEDAI MAMAK

Tak semua kedai mamak lalai dengan kebersihan. Malah, ada juga yang bersih dan terjaga. Semuanya bergantung pada para peniaga. Jika dijaga, mesti murah rezeki kerana pelanggan akan senang hati untuk mengunjungi.

Namun, bila terjadi hal seperti dalam video ini, ia telah menjejaskan imej kedai mamak yang lain sekaligus membuat orang ramai berasa ragu. Harap pihak berkuasa dapat menyiasat kejadian ini dengan lebih lanjut.

Kredit: TikTok john_ting

Baca Juga: “Sumpah Takde Angin..”, Beli Takoyaki Tapi Tiba-Tiba Bonito Flakes Bergerak Sendiri Buat Gadis Ini Ketakutan

tags: |