‘Colek’ atau kudapan malam memang sudah sinonim dengan masyarakat Kelantan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.
Kebiasaannya, colek akan menjadi buruan selepas selesai menunaikan solat Tarawih sebagai ‘moreh’.
Colek boleh dikatakan seperti rojak yang mana ia menggabungkan ayam, cucur udang, kerang, ketam, perut lembu atau ayam yang dipotong di dalam satu hidangan. Timun dan salad sudah pasti turut dicampur untuk menambahkan lagi rasa sedap dalam hidangan.
Dan yang paling penting, colek dihidangkan bersama sos istimewa yang boleh membangkitkan selera sesiapa sahaja.
Jadi, bagi anda yang tercari-cari di mana kedai colek terbaik dan sedap di Kota Bharu ini, Haa ini dia perkongsian untuk anda di bawah.
Kedai colek pertama dalam senarai ini wajib anda singgah untuk nikmati colek berasakan aneka makanan laut yang segar.
Tidak hanya menawarkan menu colek, malah kafe yang sentiasa padat dengan pengunjung ini juga popular dengan sajian Thailand autentik seperti Miang Pla Pao (ikan bakar garam), somtam goreng, roti bangkok, dan Pla Muek Yang (sotong bakar sumbat).
Jangan lepaskan peluang juga untuk nikmati shellout, daging harimau menangis dan perut bulat bakar.
Jika bernasib baik, anda juga berpeluang untuk nikmati Giant Oyster dan udang galah yang jarang ada dan sering jadi rebutan pelanggan.
Dikatakan sebagai kedai kopi terbaik di Kota Bharu, Kedai Kopi Lama turut menawarkan menu colek.
Jangan lupa juga untuk cuba menu menarik lain yang ada di Kedai Kopi Lama seperti nasi lemak ayam, spaghetti bolognese, yong tau foo dan sup tulang. Anda juga wajib cuba pelbagai menu kopi hipster yang dijual di sini. Confirm padu!
Untuk membuat tempahan, anda boleh terus WhatsApp Kedai Kopi Lama ini. Memang sedap tak akan menyesal bila pergi.
@kulinerkelantan “Pesta Colek”. benda wajib bagi ore Kelate setiap kali bulan Ramadhan. #fyp #fypシ #MorehColek #MakanLokal #MYfoodie
Jika anda ingin membuat tempahan, anda boleh terus WhatsApp sahaja!
@amirulhezry25 Kalu bulan poso wojib keno colek dulu sobat weii 🤤👍😋. Sep demo keno doh ko ? haha #ausmeecelup #kelate #ausmeeceluptunjung #tiktokkelate #makecolek #bukapuasa #moreh #ramadan2022 #colekayam #colekperut #colekmalah #colekbuahviral #colekkerang #makananviral #myfoodie #food #eat
@amirulhezry25 Kalu bulan poso wojib keno colek dulu sobat weii 🤤👍😋. Sep demo keno doh ko ? haha #ausmeecelup #kelate #ausmeeceluptunjung #tiktokkelate #makecolek #bukapuasa #moreh #ramadan2022 #colekayam #colekperut #colekmalah #colekbuahviral #colekkerang #makananviral #myfoodie #food #eat ♬ suara asli – Angi Lay
Selain terkenal dengan mi celup yang sedap, kedai ini juga menyajikan moreh colek yang menggunung dan dijamin memang menyelerakan!
Jangan lepaskan peluang untuk cuba aneka hidangan tomyam serta fresh float yang menyegarkan tekak!
Tunggu apa lagi? Jom ke Aus Mee Celup hari ini !
Untuk tempahan, anda boleh terus hubungi talian 018-9099774 (Aus Mee Celup)
@district_50 Colek lepas tawarih memey sedap boh #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #ramadan #ramadhan #puasa #puasaramadhan #kelantan #kelate #kelantanviral #kelantantiktok #kelantanese #kelatetiktok #kelateniboss #makanankelantan
♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT – QU PUTEH BARULAH PUTEH
@district_50 Colek lepas tawarih memey sedap boh #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #ramadan #ramadhan #puasa #puasaramadhan #kelantan #kelate #kelantanviral #kelantantiktok #kelantanese #kelatetiktok #kelateniboss #makanankelantan ♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT
Bagi anda yang berada di sekitar Tunjung atau Wakaf Che Yeh dan masih lagi pening nak moreh kat mana?
District 50 juga menyediakan hidangan moreh colek yang lazat! Kawasan restoran yang serba selesa dan luas menjadikan ia destinasi yang sesuai buat pengunjung yang ingin nikmati hidangan colek bersama rakan dan keluarga.
D’Klasik White Coffee juga menjadi buruan orang selepas solat Tarawih kerana pilihan coleknya sangatlah banyak dan sudah pasti lazat dan sedap.
Untuk tempahan, anda boleh terus hubungi talian 09-744 2779. Jangan terlambat!
@sutomyam1999 Jomm…makan..makan..makan#fypdongggggggg #moreh #colekkelantan #makan #makanlokal #berbukapuasa #bersahur ♬ bunyi asal – 𝑩𝑶𝑲𝑩𝑶𝑵𝑮🇵🇸 – 𝘽𝙊𝙆𝘽𝙊𝙉𝙂恩も誕‼️
Siapa tidak kenal Su Tomyam kan? Kedai yang mana hidangan utamanya semestinya aneka hidangan makanan laut serta tomyam. Untuk bulan Ramadan kali ini, Su Tomyam turut menyediakan colek untuk moreh.
Selain colek, Su Tomyam turut menyajikan pelbagai hidangan makanan laut serta juadah unik seperti Nasi Air Chok, Miang Sua Rong Hai dan lokcing.
Bagi anda yang berdekatan dengan Kubang Kerian, bolehlah singgah ke kedai ini. Anda pasti berpuas hati dengan kelazatan aneka colek serta hidangan yang ditawarkan di sini.
Untuk pertanyaan, anda boleh terus WhatsApp untuk sebarang tempahan untuk berbuka puasa
@senokperutofficial Melampau sungguh kedai colek buah disini. @the_ve_cafe meh pakat moreh disini #kelate #ramadhan2022 #fyp #streetfood #foodie ♬ ប៉ាក់ពុងវ៉ុង (Remix) – ងួន សុបិន
Bagi penggemar colek buah, ini merupakan port anda! Memang melampau kuantiti colek buah di kedai ini.
Selain colek, pelbagai juadah lain menanti anda di The V’E Cafe antaranya talam western, talam shellout dan pelbagai menu autentik Thailand. Confirm puas hati makan dekat sini!
Sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh terus hubungi talian 013-9113342. Jom!
Portion kedai ini memang tak mengecewakan. Colek Ayam D’Cherang salah satu kedai yang memang menyajikan pelbagai jenis colek bukan hanya di bulan Ramadan sahaja. Waktu operasi seperti berikut.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi talian 019-904 2345. Pasti lazat!
@nkammar99 rugi la duk kota bharu tpi xmri try colek sini.#colek #havoc #colekhavoc #dpanshelltamansari
@nkammar99 rugi la duk kota bharu tpi xmri try colek sini.#colek #havoc #colekhavoc #dpanshelltamansari ♬ Dj Pargoy X Mashup Viral – Dj Manja
Kecil-kecil cili padi! Walaupun jualan hanya di gerai tetapi rasanya sangat sedap. Colek Hevoc ini menyajikan bermacam-macam jenis colek antaranya colek ayam, colek popia, colek keropok, colek ‘malah’ dan juga colek buah.
Malah som tam pun ada! Lokasi? Betul-betul depan Shell Taman Sari. Sangat rugi orang Kota Bharu kalau tak datang ke gerai ini.
@aidaadamcollection Kedai Adam corner Pcb #dituruti #kelantan #pcb #tiktokmalaysia #colekviral #kelantanfood
Sambil feeling-feeling ambil angin di pantai apa kata cuba colek di kedai Adam Corner PCB ini.
Kebiasaannya, apabila sampai ke sini, hidangan celup tepung memang sudah pasti menjadi kewajipan. Pilihan jenis colek memang banyak dan tak menghampakan lidah anda!
Jadi, pilihan sekarang di tangan anda. Semoga kedai-kedai colek ini dapat memeriahkan lagi Ramadan anda. Jangan lepaskan peluang ini kerana kemeriahan colek hanya boleh dirasai pada bulan puasa sahaja!
Kredit: @aidaadamcollection @nkammar99 @senokperutofficial @sutomyam1999 @District_50 @amirulhezry25 @kulinerkelantan
Baca Juga: Resepi Tomyam Udang Yang Sedap & Berlemak. Guna Tips Ini Baru Cepat Dan Menjadi!