Ada sesetangah peniaga, mereka mengenakan caj yang lebih jika pelancong datang membeli.
Tetapi lain dengan peniaga kedai durian yang meraih perhatian ramai selepas mendedahkan ketegasan mereka untuk menawarkan harga yang sama kepada pelancong.
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, dipercayai seorang pemandu telah mengadu yang penjual durian ini kedekut kerana tidak memberikan komisen 20% selepas membawa pelancong datang makan di kedainya dan tidak mahu datang lagi ke situ.
Penjual durian ini langsung memberi respons bahawa kedai Durian Heng mengamalkan harga sama rata bagi semua orang tidak kisahlah buat warga tempatan mahupun pelancong.
Menjawab berkaitan komisen 20%, pemilik Durian Heng, dia tidak boleh berbuat sedemikian kerana mereka tidak meraih margin yang tinggi dengan penjualannya.
Dia juga menyatakan mengatakan perbuatan menaikkan harga sesuka hati adalah satu dosa besar.
Perkongsian kedai durian itu langsung meraih perhatian dan rata-rata netizen memuji akan sikap jujur penjual itu yang memberikan harga yang sama rata tanpa mengira latar belakang.
Dalam pada itu, sebahagian netizen turut membidas tindakan pemandu pelancong yang mahukan wang sagu hati daripada penjual durian itu padahal dia yang memilih untuk datang ke kedai itu.
Susulan mempamerkan integriti dalam jualan, orang ramai menunjukkan minat mahu datang ke kedainya untuk mencuba durian dan memberi sokongan moral kepada kedai tersebut.
Sumber: Vocket
Baca juga: Minta Sos Keju Lebih, Wanita Ini Terkejut Bila Pekerja Marrybrown Letak Hingga Penuh Satu Bekas