Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lain Dari Yang Lain, Lokasi Kedai Kerabu Maggi Tepi Kubur Ni Buat Ramai Netizen Seram dan Insaf

Lain Dari Yang Lain, Lokasi Kedai Kerabu Maggi Tepi Kubur Ni Buat Ramai Netizen Seram dan Insaf

Kategori:

Sudah jadi kelaziman bagi peniaga untuk cari lokasi yang strategik untuk berniaga. Biasa kita melihat peniaga warung akan membuka perniagaan di kawasan ramai orang seperti tepi sekolah, depan pejabat atau di tepi pantai. 

Namun, lokasi sebuah peniaga kerabu maggi ini tarik perhatian netizen di Tiktok dan buatkan ramai orang ketakutan! Mana taknya, tapak warung peniaga ini terletak betul-betul di hadapan kubur!

Walaupun ada kalanya berasa seram, si pemilik video @maklangggg berkata dia sudah biasa berniaga di sini. Ada ketika, waktu operasi warungnya juga berlarutan sampai ke 1 pagi! Berani betul! 

 

https://www.tiktok.com/@maklangggggg/video/7074594528685985051?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en

Sambil Beli, Sambil Ingat Kematian 

Menurut seorang pengguna TikTok yang dipercayai kakak kepada pemilik gerai, dia terpaksa temankan adiknya setiap kali dia berasa takut untuk berniaga. Namun dia tak kisah kerana akan dapat makanan percuma dari si adik. Walaupun tak dinafikan takut, namun ada eloknya juga dia luangkan masa di tanah perkuburan yang mengingatkan seseorang pada kematian. Netizen lain pun bersetuju dengannya. 

kubur

kubur

Bila Jual Dekat Kubur, Risau Yang Beli Bukan Orang 

Netizen yang mengagumi keberanian peniaga dalam memilih lokasi perniagaan yang cukup unik ni sempat berasa risau sekiranya pelanggan yang berkunjung bukanlah orang, tapi benda lain! Justeru itu, ramai netizen yang teringatkan pelbagai kisah seram yang menggerunkan.

Namun, pemilik kedai ini berkata, setakat ini perniagaannya berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Semua pelanggannya pun membayar dengan wang kertas, bukan duit kering seperti dalam cerita hantu yang sentiasa berlegar di kalangan masyarakat. 

kubur kubur kubur

Tak Nak Pindah Ke? 

Selain terkejut dengan pemilihan lokasi kedai yang seram dan menginsafkan, netizen juga pelik mengapa peniaga tak bercadang untuk pindah. Menurut peniaga, dia ingin kekal di lokasi tersebut kerana ada ramai pelanggan. Kata si pemilik kedai, penduduk di sekitar kawasan itu sudah menjadi pelanggan tetapnya dan tak takut untuk membeli. 

kubur

Lagipun, kehadiran warung yang bercahaya terang pada waktu malam ini membuatkan orang yang lalu-lalang sedikit lega. 

Tak sangka pula ada yang memilih untuk berniaga pada waktu malam di hadapan tanah kubur. Hebat betul peniaga ni! Anda sanggup tak untuk singgah ke warung ini untuk nikmati kerabu maggi pada waktu malam? Jom kongsikan dengan kami! 

 Sumber : TikTok @maklangggggg

tags: |