Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » 5 Kedai Kopi Klasik Di Terengganu, Dapat Kenang Nostalgia Lama & ‘Healing’

5 Kedai Kopi Klasik Di Terengganu, Dapat Kenang Nostalgia Lama & ‘Healing’

Kategori: ,

Negeri Terengganu adalah antara negeri yang paling popular untuk industri perlancongan kerana mempunyai pelbagai tempat menarik. Bukan setakat makanan tradisional yang sedap-sedap belaka tetapi minuman seperti kedai kopi sangat banyak di sini.

Jadi, ini adalah 5 Kedai Kopi Klasik Di Terengganu yang menarik dan best boleh anda kunjung! Boleh healing beramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan anda.

5 Kedai Kopi Klasik Di Terengganu, Dapat Kenang Nostalgia Lama & ‘Healing’

Mana tidaknya, Terengganu adalah negeri perlancongan yang ramai rakyat negeri lain untuk berkunjung kerana keunikan negeri itu. Bila dah melancong ke sana, mestilah ingin cari tempat healing dan sambil minum kopi di sana.

Bolehlah anda berkunjung di kedai-kedai kopi di bawah untuk dijadikan sebagai rujukan anda.

1. Kedai Kopi Klasik Kemaman

Kedai Kopi Klasik Di Terengganu

Nama sudah menunjukkan betapa klasiknya kedai ini, hiasan dalaman kedai kopi ini mengenangkan nostalgia lama yang kita lihat di dalam filem P Ramlee.

Kedai Kopi Klasik Di Terengganu Kedai Kopi Klasik Di Terengganu

Pelbagai makanan yang ada di kedai ini termasuk makanan western seperti Pasta Lamb Aglio Olio, Seafood Aglio Olio, Prawn Aglio Olio dan banyak lagi.

Tak lupa juga dengan minuman kopi yang ada di kedai ini dan jika anda bukan penggemar kopi jangan risau, ia turut tersedia untuk anda.

Kedai Kopi Klasik Di Terengganu Kedai Kopi Klasik Di Terengganu Kedai Kopi Klasik Di Terengganu

Alamat: Jalan Abdul Aziz 24000 Chukai Terengganu.

Waktu Operasi: Isnin Cuti, 9:30 Pagi hingga 6:30 Petang

2. Kedai Kopi Buruk

Kedai Kopi Klasik Di Terengganu

Dikatakan kedai ini sedang viral di Negeri Terengganu kerana keunikan kedai beliau yang sanga klasik dan menjadi tempat healing orang ramai. Berhampiran pula di pusat perlancongan negeri Terengganu iaitu di Pantai Batu Burok.

Hiasan dalaman kedai ini mainkan peranan penting kerana buatkan ‘vibe’ orang datang ke sini untuk menjadi lebih tenang.

Kedai Kopi Klasik Di Terengganu Kedai Kopi Klasik Di Terengganu

Menarik juga ya hiasan dalaman kedai ini, mesti pelancong luar tegamam apabila melihat dekorasi di dalam kedai ini.

Makanannya pula bertemakan seperti di kedai kopitiam dengan kopi yang sedap.

Kedai Kopi Klasik Di Terengganu Kedai Kopi Klasik Di Terengganu Kedai Kopi Klasik Di Terengganu

Alamat: 523, Jln Kuala Berang, Kampung Wakaf Beruas, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Jumaat Cuti, 9 Pagi hingga 6 Petang

3. Kedai Kopi Jantan

Kedai Kopi Klasik Di Terengganu

Ini adalah port healing yang sangat menarik kerana kedai ini berada di tepi pantai sahaja. Dahlah boleh healing, lepas itu dengan vibe angin-angin sepoi lagi. Boleh ajak pasangan masing-masing atau kawan-kawan anda datang sarapan di kedai ini.

Kedai Kopi Klasik Di Terengganu Kedai Kopi Klasik Di Terengganu

Pelbagai sarapan menarik disediakan untuk pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke sini. Nasi berlauk bermacam dan kopi yang sedap.

Kedai Kopi Klasik Di Terengganu Kedai Kopi Klasik Di Terengganu Kedai Kopi Klasik Di Terengganu

Alamat: T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Buka Setiap Hari, 6:30 pagi hingga 7:00 malam

4. Rumah Kopi Klasik Kemasik

Kedai Kopi Klasik Di Terengganu

Kedai ini boleh dikatakan bertema seperti kopitiam di mana kedai ini seperti klasik moden, hiasan dalamannya juga mengenangkan seperti di zaman 80-an.

Kedai Kopi Klasik Di Terengganu

Menggunakan rumah klasik dijadikan sebagai kedai kopi adalah idea yang sangat bernas. Rumah lama dan dijadikan sebagai port healing untuk anak-anak muda.

Kedai Kopi Klasik Di Terengganu Kedai Kopi Klasik Di Terengganu Kedai Kopi Klasik Di Terengganu

Alamat: 2208 Kg Tanah Lot Kemasik, 24200 Kemaman, Terengganu

Waktu Operasi: Isnin Cuti, 4:30 Petang Hingga 11:30 Malam

5. Kedai Kopi Ngabang

Kedai Kopi Klasik Di Terengganu

Kedai sarapan ini buka sekejap sahaja pada waktu pagi. Namun, masih ramai berkunjung ke kedai ini kerana keunikan dan keenakan makanan di kedai ini.

Kedai Kopi Klasik Di Terengganu Kedai Kopi Klasik Di Terengganu Kedai Kopi Klasik Di Terengganu

Pelbagai makanan pagi disediakan seperti roti bakar, mee kari, kopi style klasik dan bermacam lagi. Disebabkan itulah, ramai yang berkunjung ke kedai ini untuk sarapan.

Kedai Kopi Klasik Di Terengganu Kedai Kopi Klasik Di Terengganu Kedai Kopi Klasik Di Terengganu Kedai Kopi Klasik Di Terengganu

Alamat: 7190B, Kampung Wakaf Tengah, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Buka Setiap Hari, 7:30 Pagi Hingga 11:30 Pagi

5 Kedai Kopi Klasik Di Terengganu, Dapat Kenang Nostalgia Lama & ‘Healing’

Bila dah berkunjung ke Negeri Terengganu, bolehlah anda berkunjung ke kedai-kedai ini untuk sarapan pagi bersama keluarga anda.

Selamat Bercuti!

Baca Juga: Kuih Tradisional Rakyat Kelantan & Terengganu, Kuih Tepung Bunga Guna Tepung Pulut & Teksturnya Lembut

tags: | |