Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Kelantan » Peniaga Pemurah Beri Teh O Ais & Sirap Ais Percuma Kepada Pelanggan, Kedai Makan Ayang Cafe Jadi Pilihan Ramai Sarapan Pagi

Peniaga Pemurah Beri Teh O Ais & Sirap Ais Percuma Kepada Pelanggan, Kedai Makan Ayang Cafe Jadi Pilihan Ramai Sarapan Pagi

Kategori: ,,,
Ayang Cafe

Sebut sahaja negeri Cik Siti Wan Kembang, pasti kita akan terfikir tentang kelazatan makanan yang disediakan di sana.

Bukan sahaja makanan yang lazat tersedia, malah juadah di negeri Kelantan ini juga dijual dengan harga yang berpatutan dan sangat murah.

Peniaga Pemurah Beri Teh O Ais & Sirap Ais Percuma Kepada Pelanggan, Kedai Makan Ayang Cafe Jadi Pilihan Ramai Sarapan Pagi

Ayang Cafe

Seperti sebuah Kedai Makan Ayang Cafe yang menjadi tumpuan orang ramai untuk sarapan pagi, aneka makanan dan minuman di sini sememangnya mempunyai banyak pilihan yang menjilat jari untuk dipilih oleh pelanggan.

Paling mengujakan, minuman teh o ais dan sirap ais di sini disediakan dengan percuma untuk pelanggan yang berkunjung. Sememangnya peniaga di sini pemurah kerana dia berpegang kepada rezeki dengan berkongsi.

Nasi Berlauk Pagi & Kuih Tradisional Kelantan, Semuanya Ada Di Kedai Ayang Cafe

Dari pelbagai kuih tradisional Kelantan hingga ke hidangan nasi berlauk pagi yang mantap – semuanya sudah tersedia, anda tinggal pilih sahaja.

Ayang Cafe

Ayang Cafe

Ayang Cafe

Bukan setakat itu, di sini juga terdapat pelbagai jenis roti yang sangat sedap dengan rasa yang sangat menggoda, terutamanya Roti Ayang.

Selain makanan yang sedap-sedap belaka, minuman yang dihidangkan juga dibancuh dengan enak. Sekali teguk, pasti nak pesan lagi.

Terdapat air kopi (Kopi Ayang) yang diperbuat daripada biji kopi yang dipesan khas oleh peniaga membuatkan rasa kopi yang dihidangkan di sini berbeza rasanya. Jadi, anda haruslah datang sendiri untuk cuba.

Dibuka seawal jam 6.30 pagi, Ayang Cafe juga menyediakan menu dengan harga rahmah yang sangat berbaloi dan murah. Terdapat hidangan seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan aneka roti yang sedap-sedap belaka.Ayang Cafe

Dalam masa yang sama, menu rahmah ini dapat menolong ramai orang untuk mengisi perut dengan kenyang bersama harga yang murah serta berpatutan.

Sudah terang lagi bersuluh, Ayang Cafe adalah destinasi kedai makan yang enak dan sedap di Kelantan. Bagi pembaca yang berada di luar atau dalam Kelantan, bolehlah berkunjung ke sini jika ingin menikmati sarapan pagi yang lazat.

Ayang Cafe

Sememangnya banyak pilihan yang ada, dengan harga murah pecah kepala! Selamat menikmati makanan enak di sini buat pelanggan semua.

📍 Lokasi: 4652, Jalan Masjid Langgar, Kampung Langgar, 15200 Kota Bharu, Kelantan
⏰ Waktu Operasi: Setiap Hari (6.30 pagi-1.00 tengahari)
🛵 GrabFood tersedia!
📞 014-841 7889
tags: |