Orang Johor atau anda yang sedang mencari kedai nasi ayam di Johor, mungkin senarai kedai nasi ayam di bawah ini boleh membantu anda. Senarai di bawah ini adalah antara 10 kedai nasi ayam yang super sedap dan anda patut kunjungi. Memang tak menyesal punya kalau cuba. Sekali rasa pasti datang lagi!
1. Nasi Ayam Kee Chup
Nak makan nasi ayam di tempat yang antik dan unik? Mungkin inilah tempatnya. Terletak di pusat bandar Johor Bharu, kedai ini memang mudah untuk dijumpai. Malah lebih menarik lagi adalah nasi ayam di sini memang sangat sedap dan menyelerakan. Sos kicap dan sambal di sini merupakan tarikan utama tau. Memang sedap!
Alamat:
- 24A, Jalan Dato Dalam, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi:
- Rabu hingga Isnin : 11.00AM – 4.00 PM
- Selasa : Tutup
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung:
2. Fendy’s Nasi Ayam Hainan
Terletak di Anjung Selera Cempaka kedai Fendy’s Nasi Ayam Hainan ini memang mudah untuk dituju. Bagi penduduk sekitar pastinya mereka tahu keenakan nasi ayam di sini. Memang lain dari yang lain. Jadi bagi anda yang tinggal di kawasan yang berdekatan boleh lah ke kedai ini untuk menjamu selera.
Alamat:
- Fendy’s Nasi Ayam Hainan, NO 6, Anjung Selera Cempaka, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi:
- Dibuka setiap hari : 10.00AM – 05.00PM
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung:
3. Nasi Ayam Salai
Kedai Nasi Ayam Salai ini merupakan antara kedai nasi ayam yang wajib anda serbu. Memang rugi kalau tak mencuba tau. Hidangan nasi ayam di sini memang lain jika dibandingkan dengan mana-mana kedai. Keenakan nasinya yang luar biasa bersama dengan ayam yang di salai memang padu habis.
Alamat:
- 2, Jalan Kebudayaan 18, Skudai, 81300 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi:
- Dibuka setiap hari bermula jam 10.00 AM – 8.30 PM
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung:
4. Restoran Nasi Ayam Haji Ali
Anda berada di Kampung Masjid Lama? Mungkin kedai ini yang patut anda kunjungi sekiranya teringin hendak makan nasi ayam. Selain nasi ayam banyak juga menu lain yang boleh dinikmati di sini. Memang sangat sesuai untuk mengisi perut kosong anda pada waktu tenghari.
Alamat:
- Nasi Ayam Haji Ali, No. 32, Jalan Ciku, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor
Waktu Operasi:
- Dibuka setiap hari : 10.00AM – 12.00AM
Mari Kita Tinjau Kedai Ini :
Jom Kita Tengok Apa Kata Pengunjung :
5. Nasi Ayam Baser
Nak makan nasi ayam yang sedap dan tak muak? Nasi Ayam Baser adalah tempatnya. Terletak di Kota Tinggi, tempatnya memang sangat menarik. Bukan sahaja nasi yang disediakan sedap malah servis yang disediakan juga cepat dan pantas. Ruang restoran juga sangat bersih.
Alamat:
- Depan Plaza Kota, 28, Jalan Niaga 3, Pusat Perdagangan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
Waktu Operasi:
- Dibuka setiap hari bermula jam: 10.00AM – 07.00PM
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung:
6. Restoran Nasi Ayam Ali
Berada di sekitar Tangkak? Jika ya, bolehlah anda menjamu selera di restoran Nasi Ayam Ali ini. Restoran ini memang terkenal dengan rasa nasi ayamnya yang sedap dan luar biasa. Dan sekiranya anda peminat sup yang ada cendawan di dalamnya, mungkin ini tempat terbaik buat anda. Selamat mencuba!
Alamat:
- 1978, Jalan Muar, Kampung Padang Lalang, 84900 Tangkak, Johor
Waktu Operasi:
- Dibuka setiap hari bermula jam: 12.00PM – 9.00PM
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung:
7. Nasi Ayam Angah
Kulai memang terkenal dengan lambakan kedai makan yang menarik. Salah satu daripadanya adalah kedai Nasi Ayam Angah. Sudah lebih 10 tahun beroperasi, kedai ini memang merupakan tempat utama yang dikunjungi oleh penduduk setempat dan juga para pelancong yang ke Johor.
Alamat:
- 1212, Jalan Kasturi 36/45, Carcity Indahpura, 81000 Kulai, Johor
Waktu Operasi:
- Sabtu hingga Khamis: 11.00AM – 03.00PM
- Jumaat : Tutup
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung:
8. Nasi Ayam Pak Mus
Nasi ayam merupakan antara hidangan yang boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja. Sama ada diwaktu pagi, petang atau malam. Jadi sekiranya anda berada di sekitar bandar Baru Uda boleh lah singgah menikmati nasi ayam di sini. Kata orang, nasi ayam di sini terlampau sedap kerana kedai ini menyediakan kepelbagaian sos nasi ayam.
Alamat:
- 16, Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi:
- Dibuka setiap hari bermula pada pukul: 10.00AM – 7.00PM
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung:
9. Nasi Ayam Gemas Mustafah
Anda peminat nasi ayam? Jika ya anda wajib kunjungi Nasi Ayam Gemas Mustafah ini kerana nasi ayam di sini memang jauh berbeza dengan kedai lain. Nasi ayamnya yang lembut dan ayamnya yang garing diluar dan lembut di dalam adalah menjadi punca utama ia mendapat sambutan orang ramai.
Alamat:
- 43-1, Jalan Khalidi, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi:
- Dibuka setiap hari bermula pada pukul: 11.00AM – 6.00PM
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung:
10. Nasi Ayam Talip Gelang Patah
Berada di Gelang Patah? Ini adalah salah satunya kedai yang wajib anda kunjungi untuk menikmati nasi ayam. Nasi ayam yang disediakan di sini memang cukup lengkap rasanya. Memang heaven sangat rasanya. Jadi sekiranya anda berada di Gelang Patah namun tidak mencuba nasi ayam di sini, memang rugi!
Alamat:
- Jalan Nusaria 1 J/1, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor
Waktu Operasi:
- Dibuka setiap hari bermula pada pukul: 11.00AM – 08.00PM
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung: