Pergi ke Pahang tapi tak tahu nak makan apa. Anda mungkin boleh cuba nasi ayam di mana-mana kedai pilihan anda seperti dalam senarai di bawah ini. Semuanya sedap-sedap dan pastinya menyelerakan. Belum cuba belum tahu, jadi cubalah sekarang. Nasi ayam di kedai dalam senarai di bawah ini sememangnya sedap dan tak mengecewakan!
1. Nasi Ayam Kak Mala
Jika ke Temerloh, selain singgah makan Ikan Patin Masak Tempoyak mungkin kedai Nasi Ayam Kak Mala ini salah satu tempat makan yang wajib anda kunjungi juga. Mereka menyediakan nasi ayam yang super lazat. Bukan sahaja nasi ayam malah ada juga menu lain yang tampak mengiurkan seperti Laksa Pineng.
Alamat :
- Jalan, Persiaran Damai 2, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu beroperasi :
- Dibuka setiap hari : 11.00AM – 09.30PM
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung:
2. Nasi Ayam Hainan
Nak rasa nasi ayam yang asli mungkin Nasi Ayam Hainan inilah tempatnya. Terletak di Taman Union, ia merupakan kedai yang boleh anda kunjungi bersama keluarga tersayang. Selain dari mencuba nasi ayam, Mee Kari juga adalah hidangan yang wajib anda cuba!
Alamat :
- B12, Jalan Lim Hoe Lek, Taman Union, 25300 Kuantan, Pahang
Waktu beroperasi :
- Dibuka setiap hari : 08.00AM – 09.00PM
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung:
3. Nasi Ayam Papa Indera Mahkota
Jika anda ke Indera Mahkota jangan lupa untuk singgah pekena nasi ayam di Nasi Ayam Papa. Mungkin ini adalah kedai yang paling terbaik untuk anda menikmati nasi ayam. Ditambah pula dengan keadaan kedainya yang bersih pastinya membangkitkan selera anda!
Alamat:
- Jalan Sultan Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi:
- Dibuka setiap hari : 10.00AM – 10.00PM
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung:
4. Maksu Nasi Ayam Madu
Jika anda tanya mengenai nasi ayam yang terkenal dan disukai ramai di Bandar Indera Mahkota, pasti penduduk si situ tahu nasi ayam apa yang anda maksudkan, semestinya Maksu Nasi Ayam Madu. Selain dari nasi ayam, kedai ini juga turut menyediakan menu lain yang sedap-sedap belaka.
Alamat :
- No B2 Ground Floor, 4, Jln. Indera Mahkota 2, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu beroperasi :
- Dibuka setiap hari : 08.00AM – 12.00AM
- Ahad : Tutup
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung:
5. Nasi Ayam Ahla Natrah
Selain waktu tengahari, nasi ayam juga amat sesuai untuk dinikmati pada waktu pagi dan malam. Bila-bila masa pun boleh, asalkan dapat isi perut. Nak makan nasi ayam yang cukup rasanya? Mungkin Nasi Ayam Ahla Natrah ini tempat yang perlu anda tuju. Bukan sahaja rakyat biasa yang pernah singgah makan di sini malah golongan diraja juga turut pernah singgah tau!
Alamat :
- 20, Jalan Sultan Ahmad, Kampung Ketapang Tengah, 26600 Pekan, Pahang
Waktu beroperasi :
- Dibuka setiap hari : 10.00AM – 05.00AM
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung:
6. De Bali Cafe
De Bali Cafe merupakan mercu tanda nasi ayam yang tidak kurang juga kelazatannya. Penyediaan nasinya yang cukup sempurna, dilengkapi dengan ayam yang lembut isinya. Memang hidangan yang cukup tip-top! Tambahan pula harga yang dijual untuk sepinggan nasi ayam cukup berbaloi. Mesti cuba!
Alamat :
- B2, Perumahan Pandan Damai 3, Lorong Pandan Damai 1/17, 26070 Kuantan, Pahang
Waktu beroperasi :
- Dibuka setiap hari : 09.00AM – 12.00AM
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung:
7. Pak Lah Rojak & Nasi Ayam
Pak Lah Rojak & Nasi Ayam memang terkenal dengan dua menu yang mana tak pernah mengecewakan. Walapun sudah berabad lamanya, rasanya tak pernah berubah. Masih lagi sama dan pastinya memang sedap! Jadi jika anda ke Kuantan memang rugi kalau anda tidak singgah di kedai ini.
Alamat :
- Kampung Tanjung Api, 25050 Kuantan, Pahang
Waktu beroperasi :
- Dibuka setiap hari 09.00AM – 10.00PM
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung:
8. Nasi Ayam Apollo Farid
Ingin makan nasi ayam berserta menu lain yang pastinya sangat sedap. Mungkin Nasi Ayam Apollo Farid adalah tempat yang sesuai. Memang kenyang dan sangat berbaloi datang ke kedai ini. Penyediaan nasi ayam yang cukup sempurna memang terbaik!
Alamat :
- 1923, Jalan Besar, 27200 Kuala Lipis, Pahang
Waktu beroperasi :
- Dibuka setiap hari : 12.00PM – 12.00AM
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung:
9. Restoran Nasi Ayam Hainan
Berada di sekitar Pekan? Mungkin anda boleh singgah untuk pekena nasi ayam hainan di restoran ini. Restoran ini dibuka dari pagi hingga ke petang dan sekiranya anda ingin nikmati nasi ayam untuk waktu tengahari, seeloknya datanglah lebih awal.
Alamat :
- Kampung Alur Akar, 26600 Pekan, Pahang
Waktu beroperasi :
- Dibuka setiap hari : 08.00AM – 07.00PM
Mari kita tinjau kedai ini:
Jom kita tengok apa kata pengunjung:
10. Nasi Ayam Ain
Kedai Nasi Ayam Ain menyediakan hidangan nasi ayam yang sedap, dia punya nasi, ayam serta sup memang kaw sangat. Rata-rata pelanggan akan berulang kali datang ke kedai ini selepas mencubanya buat kali pertama. Jadi bagi anda yang berada di kawasan Kampung Baloi, singgahlah di sini ye.
Alamat :
- 10, Lorong Balok Permai 15, Kampung Balok Baru, 26080 Kuantan,
Waktu beroperasi :
- Dibuka setiap Ahad hingga Khamis: 08.00AM – 05.00PM
- Jumaat & Sabtu : Tutup