Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » 15 Kedai Nasi Ayam Di Perak

15 Kedai Nasi Ayam Di Perak

Kategori:
kedai nasi ayam di Perak

Tinggal atau sedang bercuti di Perak dan masih tercari-cari untuk makan di kedai makan yang mana. Mungkin anda boleh singgah menjamu selera nasi ayam yang sedap dan menggiurkan di kedai-kedai dibawah ini. Gerenti anda yang singgah menikmati nasi ayam di sini tidak akan kecewa.

Pilih sahaja kedai mana yang anda tergoda dan berdekatan dengan anda. Bila-bila masa pun boleh sebab nasi ayam ini memang sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja!

Senarai Kedai Nasi Ayam Di Perak

1. Restoran Fuziah Nasi Ayam Pasar Bulat (Halal)

Berada di Ipoh? Singgahlah di Restoran Fuziah Nasi Ayam Pasar Bulat ini. Dekat tempat lain memang tak akan dapat atau jumpa nasi ayam yang sebegini rupa. Kesedapannya bukan sahaja terletak pada ayamnya malah nasi dan sosnya juga sedap. Memang cukup lengkap, terbaik sangat!

Alamat:

  • No. 78, Jalan Mustapha al-Bakri, 30300 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi:

  • Dibuka setiap hari bermula jam: 11.30 AM–10.30 PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”40151″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”40162″]

2. Nasi Ayam Rompin

Terletak di Seri Manjung, kedai Nasi Ayam Rompin ini patut anda kunjungi untuk menikmati nasi ayam yang rasanya umpama makan di hotel 5 bintang. Memang tidak rugi jikalau mencuba nasi ayam di sini. Jadi sekiranya anda ke sana, kunjungi dan rasailah sendiri hidangan nasi ayam yang super sedap di sini.

Alamat:

  • Jalan SM1C/9, 32040 Seri Manjung, Perak

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis : 8.00AM – 11.30PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”39440″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”39445″]

3. Restoran Nasi Ayam Hainan

Restoran ini merupakan salah satu kedai terbaik di kawasan Simpang. Jika waktu tengahari pasti kedai ini penuh dengan pengunjung yang ingin makan nasi ayam. Bukan sahaja nasi ayamnya yang sedap dan menyelerakan malah ada juga menu lain yang mana memang sedap. Rata-rata pengunjung yang pernah makan di sini pasti akan datang lagi dikemudian hari.

Alamat:

  •  Lorong Kiara, Taman Simpang, 34700 Simpang, Perak

Waktu Operasi:

  • Selasa hingga Ahad : 07.30AM – 06.30PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”6788″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”6796″]

4. Restoran Nasi Ayam Stadium Ipoh – Pengkalan

Jika disebut nasi ayam stadium pasti ramai yang tahu kesedapannya. Dia punya sup dan sos memang power sangat. Boleh kalah restoran mahal yang lain tau. Kalau kita masak pun tak sedap macam ni. Selain nasi ayamnya yang sedap, ada juga roti titab yang tidak akan mengecewakan anda jika singgah menjamu selera di sini. Selamat mencuba ye!

Alamat:

  • 35, Jalan Pangkalan Utama 1, Taman Pengkalan Utama, 31650 Ipoh, Perak

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis : 09.00AM – 04.00PM
  • Jumaat : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”6950″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”6956″]

5. Nasi Ayam Cili Hijau Ipoh

Nak makan nasi ayam lain dari yang lain? Tak banyak kedai yang menyediakan cili hijau macam di Kedai Nasi Ayam Cili Hijau Ipoh ini tau. Memang padu sangat dimakan bersama-sama dengan nasi ayam dan ayam yang diperap lalu digoreng sehingga masak. Ayam tersebut crunchy diluar dan sangat juicy di dalam. Cubalah sekarang ya jika anda berada di Ipoh!

Alamat:

  • No 40, Medan Station 18/11, Station 18, 31650 Ipoh, Perak 31650 Ipoh, Perak, Malaysia

Waktu Operasi:

  • Selasa Rabu, Jumaat, Sabtu, Ahad : 12.30PM – 11.00PM
  • Khamis : 09.00AM – 05.00PM
  • Isnin : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”40189″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”40192″]

6. Nasi Ayam KTM Original Recipe

Jika pada waktu ini anda berada di sekitar Kamunting, singgah sahaja di Nasi Ayam KTM Original Recipe ini. Mereka menyediakan nasi ayam yang terbaik buat anda, ayamnya yang sangat garing dan juicy ditambah pula dengan rasa sup yang sedap. Memang membangkitkan selera sungguh!

Alamat:

  • 17, Regat Kamunting, Kampung Pinang, 34600 Kamunting, Perak

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis : 12.15PM – 10.00PM
  • Jumaat : 02.00PM – 10.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”40200″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”40201″]

7. Nasi Ayam Kasturi

Nasi ayam memang makanan sesuai dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Baik pada waktu sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam. Jadi anda mungkin boleh mencuba nasi ayam di Nasi Ayam Kasturi ini. Penyediaan nasi ayam yang cukup kaw bersama dengan sup yang lazat pasti menggandakan lagi keenakannya.

Alamat:

  • No 5 kedai desa jalan gopeng 31900, 31900 Kampar, Perak

Waktu Operasi:

  • Isnin hingga Rabu, Sabtu: 11.00 AM–11.00 PM
  • Jumaat & Ahad : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”6971″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”6975″]

8. Nasi Ayam Klasik

Kedai Nasi Ayam Klasik ini juga merupakan kedai yang wajib anda kunjungi. Nasi Ayam di sini merupakan menu yang laku keras. Rasanya memang asli, isi ayam yang lembut dan secukup rasa membuatkan ramai pelanggan menggemarinya. Begitu juga dengan nasinya yang lembut apabila di makan dengan sup dan sambal kicap pasti berganda sedapnya!

Alamat:

  • 20, Jalan Lumut, Taman Sitiawan Maju, 32000 Sitiawan, Perak

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis : 12.00PM – 10.00PM
  • Jumaat : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”40213″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”40222″]

9. Nasi Ayam Railway Batu Gajah

Nasi Ayam Railway Batu Gajah merupakan kedai yang sering dikunjungi oleh penduduk sekitar dan juga orang luar sama ada untuk bersarapan, makan tengahari atau minum petang. Kepelbagaian menu yang disediakan menjadikan ia tumpuan utama orang ramai. Bukan sahaja nasi ayam, malah terdapat lagi menu lain yang sedap seperti nasi kerabu, nasi daging bakar dan sebagainya.

Alamat:

  • Lot 17A, Kampung Baru, Kinta Valley, Batu Gajah, 31000, Batu Gajah, Perak, Kampung Sungai Terap, 30200 Batu Gajah, Perak

Waktu Operasi:

  • Isnin hingga Jumaat : 08.00AM – 06.00PM
  • Sabtu hingga Ahad : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”40232″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”40233″]

10. Restoran Nasi Ayam Pak Man Ana

Restoran Nasi Ayam Pak Man Ana merupakan kedai nasi ayam yang sering dikunjungi oleh penduduk sekitar Slim River dan juga orang luar. Apa yang istimewanya di sini adalah nasi dan ayamnya yang sangat juicy. Malah dalam masa yang sama ada juga menu lain seperti ayam penyet yang mana memang sangat menggiurkan. Sekiranya anda sekarang ini berada di Shah Alam, jangan lupa untuk singgah menikmati nasi ayam di sini.

Alamat:

  • No. 87A, Jalan Perdana 5, Pusat Perniagaan Slim Perdana, Slim River, 35800 Slim River, Perak

Waktu Operasi:

  • Rabu hingga Isnin : 07.30AM – 09.00PM
  • Selasa : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7039″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7041″]

11. Restoran Nasi Ayam Pak Kong

Rata-rata pelanggan yang pernah datang merasa nasi ayam di restoran Nasi Ayam Pak Kong ini pasti akan datang lagi. Sebab memang sedap, tambahan pula harganya juga berpatutan. Mungkin anda boleh jadikan kedai ini untuk anda makan bersama keluarga tersayang atau sahabat.

Alamat:

  • 27, Jalan Theatre, Taman Jubilee, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 11.30AM – 04.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”6833″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”6929″]

12. Al-Alha Nasi Ayam Hainan

Nasi di Al-Alha Nasi Ayam Hainan ini memang sangat menyelerakan. Rasa ayamnya yang cukup juicy pasti membuatkan kita teringat-ingat akan keenakan nasi ayam di sini. Kerana keenakan nasi ayam ini, memang ramai yang mengumpamakan kedai ini adalah kedai makan terbaik di sekitar Teluk Intan.

Alamat:

  • 26, Taman Melor 3, Lorong Melor 1, 36000 Teluk Intan, Perak

Waktu Operasi:

  • Setiap Isnin hingga Sabtu : 10.30AM – 06.30PM
  • Ahad : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”6936″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”6937″]

13. Nasi Ayam Rompin

Anda berada di sekitar Manjung? Sekiranya ya bolehlah singgah mengisi perut yang sedang kelaparan itu di kedai Nasi Ayam Rompin ini. Nasi ayamnya yang cukup menyelerakan memang sangat berbaloi untuk anda singgah. Malah harganya juga berpatutan. Pasti tak menyesal punya kalau singgah di sini!

Alamat:

  • Jalan SM1C/9, 32040 Seri Manjung, Perak

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 10.00AM – 04.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”40261″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”40263″]

14. Kedai Nasi Ayam Farhani

Tanjong Malim memang terkenal dengan lambakan kedai makan yang sedap dan menyelerakan. Salah satu daripadanya adalah nasi ayam di Kedai Nasi Ayam Farhani ini.  Apa yang menariknya di kedai yang mempunyai kepelbagaian menu ini adalah makanan yang disediakan bikin teringat tau. Sekali rasa pasti nak datang lagi lepastu.

Alamat:

  • 35900 Tanjong Malim, Perak

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 12.00PM – 10.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”40277″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”40279″]

15. Warung Nasi Ayam

Nak pergi makan tempat sedap tapi kadangkala untuk meletakkan kenderaan terlalu susah. Sikit sangat tempat parking menyebabkan pelanggar sukar untuk park  kereta mereka. Namun jika anda ke warung nasi ayam di Kuala Kangsar ini memang sangat mudah parking, malah nasi ayam di sini juga tersangatlah sedap. Bukan sahaja nasinya yang lembut malah ayam berserta dengan sosnya juga tersangatlah sedap!

Alamat:

  • 33000 Kuala Kangsar, Perak

Waktu Operasi:

  • Setiap Jumaat hingga Rabu: 11.00AM – 12.00AM
  • Khamis : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”40286″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”40287″]

tags: | |