Anda berada di Selangor? Sedang bercuti atau memang menetap di sana dan teringin nak makan nasi ayam. Mungkin anda boleh kunjungi kedai nasi ayam top 20 di bawah ini. Pilih je mana-mana kedai yang anda berminat dan kunjungilah bersama keluarga atau sahabat. Pastinya setiap suapan yang anda makan tidak menghampakan.
Pak Mal Nasi ayam merupakan kedai nasi ayam yang sering dikunjungi oleh penduduk sekitar Shah Alam dan juga orang luar. Apa yang istimewanya di sini adalah sambal kicapnya. Sekiranya anda sekarang ini berada di Shah Alam, jangan lupa untuk singgah menikmati nasi ayam di sini.
[foogallery id=”6342″]
[foogallery id=”6347″]
Rata-rata pelanggan yang pernah datang merasa nasi ayam di kedai Nasi Ayam Malaya ini pasti akan datang lagi. Sebab memang sedap, tambahan pula harganya juga berpatutan. Mungkin anda boleh jadikan kedai ini untuk anda makan bersama keluarga tersayang atau sahabat.
[foogallery id=”38286″]
[foogallery id=”38291″]
Nasi Ayam Lemak Manis, baca pun dah tahu sedap. Mungkin anda yang berada di Rawang boleh singgah kedai ini untuk menikmati nasi ayam. Selain daripada nasi ayam, korang juga wajib cuba nasi ayam goreng di sini. Ramai yang suggest tau!
[foogallery id=”38316″]
[foogallery id=”38311″]
Terletak di Kajang, Kedai Nasi Ayam Madu Sri Melati ini sering dikunjungi oleh rombongan motorsikal. Malah mereka yang datang ke sini adalah yang pernah datang sebelum ini. Jadi ia jelas menunjukkan bahawa nasi ayam di sini bukan sebarang nasi ayam.
[foogallery id=”38325″]
[foogallery id=”38336″]
Jika anda pencinta nasi ayam, pastinya Restoran Nasi Ayam Rindu ini sudah biasa anda dengar. Restoran ini memang cukup popular di Selangor kerana kelazatan nasi ayamnya yang sangat luar biasa. Saiz hidangannya juga agak besar, jadi kalau datang denga perut kosong pun okay.
[foogallery id=”38360″]
[foogallery id=”38361″]
Berada di sekitar Semenyih? Alang-alang isi sahaja perut anda dengan nasi ayam di Kedai Nasi Ayam Cucur Udang ini. Restoran yang dikenali ramai ini bukan sahaja terkenal dengan nasi ayam, malah ada juga menu lain seperti cucur udang dan tauhu. Memang boleh gemuk kalau datang sini.
[foogallery id=”38368″]
[foogallery id=”6411″]
Kalau anda sedang mencari nasi ayam yang lain dari yang lain, mungkin inilah kedai yang perlu anda pilih. Nasi ayam di sini memang terbaik, ditambah pula dengan sup yang sedap. Memang tak menyesal kalau cuba makan di Nasi Ayam Mat Sup Corner ini.
[foogallery id=”38384″]
[foogallery id=”38394″]
Klang memang terkenal dengan lambakan kedai makan yang rata-ratanya sangat menarik. Faridah Nasi Ayam merupakan salah satu restoran yang boleh anda singgah untuk mencuba nasi ayam yang lazat. Harganya juga berpatutan. Memang berbaloi!
[foogallery id=”6424″]
[foogallery id=”6427″]
Nasi Ayam Yunnan, pergi mana-mana pun pasti ada kedai nasi ayam ini yang mana cukup popular di Malaysia ini. Tak nak komen banyak, pastinya sesiapa yang pernah merasai nasi ayam di sini tahu bagaimana sedapnya. Memang nikmat sangat kalau dicuba pada waktu tengahari.
[foogallery id=”6430″]
[foogallery id=”6434″]
Nasi ayam memang makanan sesuai dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Baik pada waktu sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam. Jadi anda mungkin boleh mencuba nasi ayam di Restoran Ayam Kukus Syukran ini. Penyediaan nasi ayam yang cukup kaw bersama dengan sup yang lazat pasti menggandakan lagi keenakannya.
Waktu Operasi:
[foogallery id=”6442″]
[foogallery id=”6446″]
Kedai Nasi Ayam Hailam ini juga merupakan port nasi ayam yang wajib anda kunjungi. Nasi Ayam Hailam di sini merupkan menu yang laku keras. Rasanya memang asli, isi ayam yang lembut dan secukup rasa membuatkan ramai pelanggan menggemarinya. Begitu juga dengan nasinya yang lembut apabila di makan dengan sup dan sambal kicap pasti berganda sedapnya!
Waktu Operasi:
[foogallery id=”38468″]
[foogallery id=”38469″]
Jika anda berada di sekitar Damansara anda mesti mencuba nasi ayam di sini. Ayam yang disedikan tidak terlampau masin dan isinya cukup lembut memang sedap. Ditambah pula dengan saiz hidangan yang agak besar memang mengenyangkan. Selain dari nasi ayam, kerabu mangga dan wantan goreng juga turut disediakan disini.
[foogallery id=”6485″]
[foogallery id=”6495″]
Jika anda tertanya-tanya di mana nasi ayam yang terkenal di Shah Alam, pastinya Chee Meng Nasi Ayam Hainan adalah jawapannya. Memang sangat nikmat apabila anda singgah makan di sini kerana nasi ayamnya yang begitu asli. Pada waktu tengahari memang ramai yang akan serbu kedai ini, jadi dinasihatkan datang sedikit awal ye.
[foogallery id=”6503″]
[foogallery id=”6510″]
Berada di sekitar Petaling Jaya? Singgah sahaja di Nasi Ayam Warisan KD ini. Umum mengetahui bahawa kedai ini menyediakan nasi ayam yang lazat dan enak. Memang resepi asli nasi ayam Melayu. Memang susah nak jumpa nasi ayam yang rasa macam ni, jadi sekiranya anda berada di sana jangan lepaskan peluang anda untuk merasai nasi ayam ini tau!
[foogallery id=”6518″]
[foogallery id=”6523″]
Ingin menikmati nasi ayam namun inginkan rasa yang berbeza? Mungkin anda boleh kunjungi Restoran Nasi Ayam Wak Banjir ini. Makanan yang disediakan di sini memang cukup A plus tau. Terlampau sedap dan ketara sangat perbezaannya dengan kedai lain.
[foogallery id=”38527″]
[foogallery id=”38535″]
Tak tahu nak makan apa untuk tengahari atau petang? Mungkin anda boleh mencuba nasi ayam di Aqilsha Nasi Ayam ini. Selain nasi ayam, kedai ini juga turut menyediakan ABC dan laksa yang pastinya menggiurkan. Jangan lupa singgah tau.
[foogallery id=”38542″]
[foogallery id=”38558″]
Walaupun gerai nasi ayam ada di merata tempat, tak semuanya mampu menyediakan nasi ayam yang sedap, halal dan asli. Berbeza dengan restoran lain, anda patut cuba nasi ayam di Restoran Nasi Ayam Hailam ini. Penyediaan ayam yang lembut dan juicy menjadi punca utama ia sering dikunjungi oleh ramai orang.
[foogallery id=”38566″]
[foogallery id=”38570″]
Kia Chicken Rice ini memang sangat luar biasa. Mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan nasi ayam yang semuanya sedap dan menggiurkan. Antara yang menarik perhatian orang ramai adalah Nasi Ayam Tempayan. Memang tak jumpa kat tempat lain, dekat sini je ada. Jadi korang wajib singgah Kia Chicken Rice ini!
[foogallery id=”38573″]
[foogallery id=”38583″]
Pastinya semua sudah tahu, bahawa kedai Nasi Ayam Klasik USJ ini merupakan salah satu restoran yang menyediakan nasi ayam yang terlampau enak namun dengan harga yang sangat berpatutan. “Best nasi ayam in town“, merupakan antara ulasan yang sering ditinggalkan oleh pelangganya.
[foogallery id=”6573″]
[foogallery id=”6577″]
Teringin nak makan nasi ayam tapi rasanya more kepada yang China punya. Mungkin inilah tempat yang patut anda terjah sekarang. Kedai Nasi Ayam Sungai Buloh ini menyediakan nasi ayam dengan ayam yang dikukus dan kuah sup yang dilengkapi dengan fish ball dan beef. Memang terbaik sangat!
[foogallery id=”6460″]
[foogallery id=”6466″]