Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

20 Kedai Nasi Ayam Di Selangor Yang Patut Anda Cuba, Pastinya Tidak Menghampakan

Asreeman Ariffin by Asreeman Ariffin
Mac 17, 2021
in Tempat Makan
8 min read
0 0
0
kedai nasi ayam di Selangor
0
SHARES
197
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Anda berada di Selangor? Sedang bercuti atau memang menetap di sana dan teringin nak makan nasi ayam. Mungkin anda boleh kunjungi kedai nasi ayam top 20 di bawah ini. Pilih je mana-mana kedai yang anda berminat dan kunjungilah bersama keluarga atau sahabat. Pastinya setiap suapan yang anda makan tidak menghampakan.

BacaJuga

kedai nasi ayam di Kedah

20 Kedai Nasi Ayam di Kedah Yang Sedap & Terbaik, Kalah Hotel 5 Bintang!

April 5, 2021
181

Kandungan

  • 1. Pak Mal Nasi Ayam
  • 2. Nasi Ayam Malaya Puchong Prima
  • 3. Nasi Ayam Lemak Manis
  • 4. Nasi Ayam Madu
  • 5. Restoran Nasi Ayam Rindu
  • 6. Nasi Ayam Cucur Udang
  • 7. Nasi Ayam Mat Sup Corner
  • 8. Faridah Nasi Ayam
  • 9. Nasi Ayam Yunnan
  • 10. Restoran Nasi Ayam Syukran
  • 11. Nasi Ayam Hailam PJ New Town
  • 12. Nasi Ayam Hailam Damansara
  • 13. Chee Meng Nasi Ayam Hainan
  • 14. Nasi Ayam Warisan KD
  • 15. Restoran Nasi Ayam Wak Banjir
  • 16. Aqilsha Nasi Ayam
  • 17. Nasi Ayam Hailam
  • 18. Kia Chicken Rice ( Nasi Ayam Damansara Damai)
  • 19. Nasi Ayam Klasik USJ
  • 20. Nasi Ayam Sungai Buloh

1. Pak Mal Nasi Ayam

Pak Mal Nasi ayam merupakan kedai nasi ayam yang sering dikunjungi oleh penduduk sekitar Shah Alam dan juga orang luar. Apa yang istimewanya di sini adalah sambal kicapnya. Sekiranya anda sekarang ini berada di Shah Alam, jangan lupa untuk singgah menikmati nasi ayam di sini.

Alamat:

  • No 2, Jalan Selendang 10/2, Shah Alam 40100 Malaysia

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis : 8.00AM – 11.30PM
  • Jumaat tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

  • Pak Mal Nasi Ayam

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

  • Pak Mal Nasi Ayam

2. Nasi Ayam Malaya Puchong Prima

Rata-rata pelanggan yang pernah datang merasa nasi ayam di kedai Nasi Ayam Malaya ini pasti akan datang lagi. Sebab memang sedap, tambahan pula harganya juga berpatutan. Mungkin anda boleh jadikan kedai ini untuk anda makan bersama keluarga tersayang atau sahabat.

Alamat:

  •  Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 11.00AM – 12.00AM

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

3. Nasi Ayam Lemak Manis

Nasi Ayam Lemak Manis, baca pun dah tahu sedap. Mungkin anda yang berada di Rawang boleh singgah kedai ini untuk menikmati nasi ayam. Selain daripada nasi ayam, korang juga wajib cuba nasi ayam goreng di sini. Ramai yang suggest tau!

Alamat:

  • 1, Simpang Sungai Choh, 48200 Rawang, Selangor

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 09.00AM – 05.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

4. Nasi Ayam Madu

Terletak di Kajang, Kedai Nasi Ayam Madu Sri Melati ini sering dikunjungi oleh rombongan motorsikal. Malah mereka yang datang ke sini adalah yang pernah datang sebelum ini. Jadi ia jelas menunjukkan bahawa nasi ayam di sini bukan sebarang nasi ayam.

Alamat:

  • Kampung Teras Jernang, 43650 Kajang, Selangor

Waktu Operasi:

  • Isnin hingga Sabtu : 7.00AM – 5.00PM
  • Ahad : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

5. Restoran Nasi Ayam Rindu

Jika anda pencinta nasi ayam, pastinya Restoran Nasi Ayam Rindu ini sudah biasa anda dengar. Restoran ini memang cukup popular di Selangor kerana kelazatan nasi ayamnya yang sangat luar biasa. Saiz hidangannya juga agak besar, jadi kalau datang denga perut kosong pun okay.

Alamat:

  • No 24, Jalan 2/6, Dataran Templer, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis : 11.30AM – 8.00PM
  • Jumaat : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

6. Nasi Ayam Cucur Udang

Berada di sekitar Semenyih? Alang-alang isi sahaja perut anda dengan nasi ayam di Kedai Nasi Ayam Cucur Udang ini. Restoran yang dikenali ramai ini bukan sahaja terkenal dengan nasi ayam, malah ada juga menu lain seperti cucur udang dan tauhu. Memang boleh gemuk kalau datang sini.

Alamat:

  • Gerai pkns, Pekan Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis : 10.00AM – 5.00PM
  • Jumaat : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

  • Nasi Ayam, Cucur Udang dan Tauhu

7. Nasi Ayam Mat Sup Corner

Kalau anda sedang mencari nasi ayam yang lain dari yang lain, mungkin inilah kedai yang perlu anda pilih. Nasi ayam di sini memang terbaik, ditambah pula dengan sup yang sedap. Memang tak menyesal kalau cuba makan di Nasi Ayam Mat Sup Corner ini.

Alamat:

  •  Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Selangor

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis : 10.30AM – 8.00PM
  • Jumaat : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

8. Faridah Nasi Ayam

Klang memang terkenal dengan lambakan kedai makan yang rata-ratanya sangat menarik. Faridah Nasi Ayam merupakan salah satu restoran yang boleh anda singgah untuk mencuba nasi ayam yang lazat. Harganya juga berpatutan. Memang berbaloi!

Alamat:

  • 200-218, Jalan Teluk Pulai, Taman Teluk Pulai, 41100 Klang, Selangor

Waktu Operasi:

  • Dibuka setiap bermula jam : 10.00AM – 06.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

  • Faridah Nasi Ayam

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

  • Faridah Nasi Ayam

9. Nasi Ayam Yunnan

Nasi Ayam Yunnan, pergi mana-mana pun pasti ada kedai nasi ayam ini yang mana cukup popular di Malaysia ini. Tak nak komen banyak, pastinya sesiapa yang pernah merasai nasi ayam di sini tahu bagaimana sedapnya. Memang nikmat sangat kalau dicuba pada waktu tengahari.

Alamat:

  • Jalan PB3, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi:

  • Sabtu hingga Khamis : 10.30AM – 6.30PM
  • Jumaat : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

  • Nasi Ayam Yunnan

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

  • Nasi Ayam Yunnan

10. Restoran Nasi Ayam Syukran

Nasi ayam memang makanan sesuai dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Baik pada waktu sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam. Jadi anda mungkin boleh mencuba nasi ayam di Restoran Ayam Kukus Syukran ini. Penyediaan nasi ayam yang cukup kaw bersama dengan sup yang lazat pasti menggandakan lagi keenakannya.

Alamat:

  • 14, Jalan Rugbi 13/30, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi:

  • Isnin hingga Sabtu : 10.30AM – 6.00PM
  • Ahad : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

  • Nasi Ayam Syukran

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

  • Nasi Ayam Syukran

11. Nasi Ayam Hailam PJ New Town

Kedai Nasi Ayam Hailam ini juga merupakan port nasi ayam yang wajib anda kunjungi. Nasi Ayam Hailam di sini merupkan menu yang laku keras. Rasanya memang asli, isi ayam yang lembut dan secukup rasa membuatkan ramai pelanggan menggemarinya. Begitu juga dengan nasinya yang lembut apabila di makan dengan sup dan sambal kicap pasti berganda sedapnya!

Alamat:

  • 2, Jalan 52/10, Pj New Town, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 10.30AM – 09.30PM

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

12. Nasi Ayam Hailam Damansara

Jika anda berada di sekitar Damansara anda mesti mencuba nasi ayam di sini. Ayam yang disedikan tidak terlampau masin dan isinya cukup lembut memang sedap. Ditambah pula dengan saiz hidangan yang agak besar memang mengenyangkan. Selain dari nasi ayam, kerabu mangga dan wantan goreng juga turut disediakan disini.

Alamat:

  • 102, Jalan SS 21/39, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 11.00AM – 9.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

  • Nasi Ayam Hailam Damansara

13. Chee Meng Nasi Ayam Hainan

Jika anda tertanya-tanya di mana nasi ayam yang terkenal di Shah Alam, pastinya Chee Meng Nasi Ayam Hainan adalah jawapannya. Memang sangat nikmat apabila anda singgah makan di sini kerana nasi ayamnya yang begitu asli. Pada waktu tengahari memang ramai yang akan serbu kedai ini, jadi dinasihatkan datang sedikit awal ye.

Alamat:

  • 20, Jalan Pekedai U1/36, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi:

  • Dibuka setiap Isnin hingga Sabtu : 10.30AM – 7.00PM
  • Ahad : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

  • Chee Meng Nasi Ayam

14. Nasi Ayam Warisan KD

Berada di sekitar Petaling Jaya? Singgah sahaja di Nasi Ayam Warisan KD ini. Umum mengetahui bahawa kedai ini menyediakan nasi ayam yang lazat dan enak. Memang resepi asli nasi ayam Melayu. Memang susah nak jumpa nasi ayam yang rasa macam ni, jadi sekiranya anda berada di sana jangan lepaskan peluang anda untuk merasai nasi ayam ini tau!

Alamat:

  • 21, 17, Jalan Cecawi 6/19a, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi:

  • Dibuka setiap hari bermula jam : 10.00AM – 8.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

  • Nasi Ayam Warisan KD

15. Restoran Nasi Ayam Wak Banjir

Ingin menikmati nasi ayam namun inginkan rasa yang berbeza? Mungkin anda boleh kunjungi Restoran Nasi Ayam Wak Banjir ini. Makanan yang disediakan di sini memang cukup A plus tau. Terlampau sedap dan ketara sangat perbezaannya dengan kedai lain.

Alamat:

  • Jalan Besar Sungai Pelek , No 3 , Gerai Mara, 43950, Selangor

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 10.00AM – 7.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

16. Aqilsha Nasi Ayam

Tak tahu nak makan apa untuk tengahari atau petang? Mungkin anda boleh mencuba nasi ayam di Aqilsha Nasi Ayam ini. Selain nasi ayam, kedai ini juga turut menyediakan ABC dan laksa yang pastinya menggiurkan. Jangan lupa singgah tau.

Alamat:

  • Kampung Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

Waktu Operasi:

  • Isnin hingga Sabtu: 11.00AM – 6.00PM
  • Ahad : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

17. Nasi Ayam Hailam

Walaupun gerai nasi ayam ada di merata tempat, tak semuanya mampu menyediakan nasi ayam yang sedap, halal dan asli. Berbeza dengan restoran lain, anda patut cuba nasi ayam di Restoran Nasi Ayam Hailam ini. Penyediaan ayam yang lembut dan juicy menjadi punca utama ia sering dikunjungi oleh ramai orang.

Alamat:

  • Lot 57, Ampang Point, Jalan Mamanda 9, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 10.30AM – 09.30PM

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

18. Kia Chicken Rice ( Nasi Ayam Damansara Damai)

Kia Chicken Rice ini memang sangat luar biasa. Mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan nasi ayam yang semuanya sedap dan menggiurkan. Antara yang menarik perhatian orang ramai adalah Nasi Ayam Tempayan. Memang tak jumpa kat tempat lain, dekat sini je ada. Jadi korang wajib singgah Kia Chicken Rice ini!

Alamat:

  • SEASON SQUARE, G-165, Jalan PJU 10/3C, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi:

  • Setiap Sabtu hingga Khamis : 10.30AM – 09.30PM
  • Jumaat : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

19. Nasi Ayam Klasik USJ

Pastinya semua sudah tahu, bahawa kedai Nasi Ayam Klasik USJ ini merupakan salah satu restoran yang menyediakan nasi ayam yang terlampau enak namun dengan harga yang sangat berpatutan. “Best nasi ayam in town“, merupakan antara ulasan yang sering ditinggalkan oleh pelangganya.

Alamat:

  • Persiaran Subang Mewah, Taman Subang Mewah, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi:

  • Isnin hingga Jumaat : 07.00AM – 10.00 PM
  • Sabtu dan Ahad : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

  • Nasi Ayam Klasik USJ

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

  • Nasi Ayam Klasik USJ

20. Nasi Ayam Sungai Buloh

Teringin nak makan nasi ayam tapi rasanya more kepada yang China punya. Mungkin inilah tempat yang patut anda terjah sekarang. Kedai Nasi Ayam Sungai Buloh ini menyediakan nasi ayam dengan ayam yang dikukus dan kuah sup yang dilengkapi dengan fish ball dan beef. Memang terbaik sangat!

Alamat:

  • 28, Jalan Public, Kampung Baru Sungai Buloh, 40160 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi:

  • Dibuka setiap Khamis hingga Selasa: 10.00AM – 09.00PM
  • Rabu : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

  • Nasi Ayam Sungai Buloh
Premium WordPress Themes Download
Free Download WordPress Themes
Download Best WordPress Themes Free Download
Free Download WordPress Themes
free download udemy course
download intex firmware
Tags: Kedai Nasi Ayam di SelangorKedai Nasi Ayam Selangor
ShareTweetSend

Related Posts

Port Sarapan Paling Best di JB Yang Wajib Anda Singgah, Rugi Tak Cuba!
Tempat Makan

Port Sarapan Paling Best di JB Yang Wajib Anda Singgah, Rugi Tak Cuba!

Mei 17, 2022
36
Port Asam Pedas Melaka Paling Famous Yang Wajib Anda Kunjungi, Rugi Tak Cuba!
Tempat Makan

Port Asam Pedas Melaka Paling Famous Yang Wajib Anda Kunjungi, Rugi Tak Cuba!

Mei 11, 2022
195
Khas Untuk Penggemar Nasi Kandar di Kelantan, Ini 10 Port Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu, Menyesal Tak Cuba! 
Tempat Makan

Khas Untuk Penggemar Nasi Kandar di Kelantan, Ini 10 Port Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu, Menyesal Tak Cuba! 

Mei 6, 2022
88
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist