Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tauke Pergi Haji Balik Hari..” – Kedai Runcit Jual Minuman Tin RM6 Satu Buat Lelaki Ini Terkejut

“Tauke Pergi Haji Balik Hari..” – Kedai Runcit Jual Minuman Tin RM6 Satu Buat Lelaki Ini Terkejut

Kategori:
Minuman Tin RM6

Keadaan ekonomi terkini amat meresahkan. Kenaikkan harga barangan seperti ayam, tepung, minyak dan sebagainya menjadi bualan kerana ramai di antara kita yang rasa terbeban dengan perkara itu.

Antara mereka yang terkesan adalah golongan peniaga yang terpaksa menaikkan harga jualan bagi menampung pelbagai kos. Namun, ada segelintir peniaga yang akan mengambil kesempatan dan mengenakan harga yang melampau dan tidak logik akal.

“Tauke Pergi Haji Balik Hari..” – Kedai Runcit Jual Minuman Tin RM6 Satu Buat Lelaki Ini Terkejut

Hal itu telah disaksikan oleh seorang aefiqazli00 yang telah ke sebuah kedai runcit bagi mencari sedikit barangan dapur. Saja pusing tempat itu, sambil itu dia juga meninjau harga barangan yang dijual.

Tiba di peti minuman, lelaki itu bagaimanapun terkejut apabila melihat harga minuman tin yang dijual di kedai runcit itu. Tak kira apa jenis jenama minuman tin, semuanya dijual pada harga RM6. Minuman Tin RM6Minuman Tin RM6

Malah, minuman tin soya yang selalunya dijual pada harga RM1.50 hingga RM2 di vending machine di luar sana turut dijual pada harga yang sama seperti yang lain. Tak cukup dengan itu, minuman air kelapa segar boleh didapati pada harga RM13. Minuman Tin RM6 Minuman Tin RM6

https://www.tiktok.com/@aefiqazli00/video/7149475507569003802?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@aefiqazli00 #hujungbulanmknmeggi✌🏽✌🏽✌🏽✌🏽 ♬ original sound – Aefiq

Di ruangan komen, orang ramai berpendapat bahawa harga sebegitu merupakan perkara yang biasa di Genting Highlands atau lapangan terbang. Jadi ramai yang menyangka bahawa kedai runcit tersebut mungkin terletak di salah satu lokasi itu.

Harga Yang Mahal Bukannya Perkara Yang Pelik Di Genting Dan Lapangan Terbang Minuman Tin RM6

Sambil itu, ada juga segelintir netizen yang kesal dengan tindakan peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati pada tahap melampau.

“Dah nak naik pun payah, maka mahal kayangan.”, kata sugasya95.

Harga Kayangan, Ada Yang Rasa Tindakan Peniaga Melampau Minuman Tin RM6

Agaknya kedai runcit itu mungkin terletak di lokasi tertentu seperti Genting Highlands atau lapangan terbang. Kalau tak, mana ada mana-mana peniaga yang berani menaikkan harga minuman tin sehingga sebegini.

Walaupun begitu, dengan kenaikkan harga barangan dari masa ke semasa, semoga tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Kredit: aefiqazli00

Baca Juga: “Sekarang Musim Hujan..”, Dugaan Peniaga Jalanan Berniaga Makin Sukar, Perlukan Sokongan Semua

tags: | |