Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Jangan Buang Daun Serai, Ini Kegunaan Daun Serai Bila Dah Tuai. Simpul & Simpan Cara Begini

Jangan Buang Daun Serai, Ini Kegunaan Daun Serai Bila Dah Tuai. Simpul & Simpan Cara Begini

Kategori: ,
jangan buang daun serai

Apabila ingin menuai serai di pokok, pasti anda akan membuang daunnya kerana apa yang anda ambil hanyalah serai. Bahagian ini selalu dipotong dan dibuang.

Tapi tahukah anda? Amatlah rugi jika anda membuang daun serai ini kerana ia banyak kegunaan dan faedahnya. Menurut Hasmie Harun, daun serai yang dipotong ini boleh dikeringkan dan dibuat air rebusan untuk mandian herba yang menyegarkan badan. Jom tengok caranya!

“Alhamdulillah. Tuaian hanya separuh rumpun sahaja. Saya nak share tentang kegunaan daun serai.”

Jangan Buang Daun Serai, Ini Kegunaan Daun Serai Bila Dah Tuai. Simpul & Simpan Cara Begini

Daun serai jangan dibuang. Kalau ada sauna atau yang rajin mandi daun herba mahupun bertangas boleh guna kembali daun serai yang dipotong ni.

  1. Waktu tuai serai ambil sekali daunnya. Kemudiaan potong separuh, bahagian bawah untuk kegunaan memasak manakala daunnya jangan dibuang. jangan buang daun serai
  2. Simpul daun serai seperti gambar kemudian keringkan di bawah matahari (daun serai kena keringkan untuk hilangkan ‘miang’ daun). jangan buang daun serai
  3. Bila sudah kering simpan dalam peti ais. Bila nak guna untuk mandi herba, ambil seikat dan rebus. (Boleh juga rebus sekali dengan daun pandan untuk lebih wangi).
  4. Bila letak dalam peti ais, bau pun harum saja. Daun serai yang disimpan begini boleh tahan berbulan-bulan lamanya.
  5. Info tambahan: daun serai yang dipotong ini juga boleh dibuat sungkupan. Potong-potong dan letak atas batas tanaman untuk lembapkan tanah dan bila hancur boleh jadi baja. jangan buang daun serai

Jadi, jangan buang daun serai lebihan itu okay kerana ia ada manfaatnya. Barulah tak membazir. Semoga bermanfaat buat para pembaca. Selamat menikmati.

Sumber: Hasmie Harun

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Cucur Sardin Yang Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Sarapan Pagi

tags: | |