Tahukah anda kaedah haba matahari atau haba kering digunakan untuk mengeringkan buah anggur untuk menghasilkan kismis.  Kismis kaya dengan sumber tenaga, vitamin, elektrolit serta mineral semula jadi.

Secara khususnya, kismis sebenarnya mempunyau serat dan vitamin yang lebih tinggi berbanding daripada buah anggur biasa. Rasa kismis mungkin sedikit manis daripada anggur biasa namun tak rugi untuk cuba kerana ia mempunyai manfaat yang tinggi.

KANDUNGAN NUTRISI DI DALAM KISMIS

Antara nutrisi dan vitamin yang terkandung di dalam kismis ialah:

  • Garam mineral
  • Magnesium – Baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.
  • Kalsium dan fosforus – Dapat membantu membina tulang dan gigi yang baik.
  • Zat besi – Membantu pembinaan sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak.
  • Kalium – Dapat mengoptimum kadar denyutan jantung agar sentiasa normal dan dapat mengekalkan tekanan darah.
  • Vitamin C – Penting untuk pembentukan kolagen serta penyerapan zat besi ke dalam badan manusia.
  • Vitamin B6 – Mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.
  • Vitamin K – Diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang.
  • Folat – Membentuk sel-sel darah merah dan sangat penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh badan.
  • Riboflavin –Boleh membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan.

MEMBANTU MENGURANGKAN SEMBELIT.

Untuk memastikan sistem pencernaan berjalan dengan lancar, anda boleh mencuba untuk mengamalkan pemakanan kismis ini kerana ia mengandungi serat yang tinggi. Satu cawan kismis mengandungi lebih kurang 10g serat yang boleh membantu tubuh badan anda daripada bahan-bahan toksik yang berbahaya. Ia membuatkan badan anda secara semulajadi  membersihkan usus dan melawaskan pembuangan air.

Selain itu, kismis juga mempunyai manfaat lain seperti:

  • Melindungi hati
  • Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
  • Membantu sebagai penerang hati
  • Membantu mengurangkan stress
  • Membantu merawat penyakit anemia
  • Membantu merawat masalah pelupa

MAKANAN UNTUK OTAK

Manfaat kismis yang menarik ialah ia baik untuk kecerdasan minda dan kesihatan badan. Kismis secara amnya mengandungi kandungan mineral surih yang dikenali sebagai boron. Boron merupakan sejenis mineral yang penting untuk fungsi otak yang cerdas dan  baik. Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Selain itu, boron juga membantu meningkatkan fungsi mineral penting seperti kalsium dan magnesium.

SNEK YANG LAZAT DAN BERKHASIAT

Kismis juga boleh dijadikan snek ringan yang baik untuk badan anda kerana mempunyai serat yang tinggi dan kalori yang rendah. Tenaga daripada gula ringkas iaitu fruktosa dilepaskan secara berperingkat untuk memudahkan seseorang yang aktif kekal bertenaga sepanjang hari. Oleh sebab itu, mereka yang sering berfikir dan menggunakan fikiran amat digalakkan untuk mengambil kismis.

Kismis sememangnya baik untuk kesihatan. Jika anda gemarkan snek yang berkhasiat, cuba tukar menu anda dari makanan ringan seperti coklat dan dan gula-gula kepada kismis. Kismis bukan sahaja sedap malah mengenyangkan dan berkhasiat.

(This post has been visited 191 times!)