Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kena Bawak Hospital Cepat…” Seram Melihat Kejadian Aneh Pada Telur Goreng, Warganet Suruh Cepat-Cepat Buang

“Kena Bawak Hospital Cepat…” Seram Melihat Kejadian Aneh Pada Telur Goreng, Warganet Suruh Cepat-Cepat Buang

Kategori:
TELUR GORENG

Telur ayam merupakan antara bahan dapur mudah didapati dan enak untuk dimasak dalam pelbagai cara seperti telur goreng, telur rebus, sambal telur dan banyak lagi. Dengan harga yang berpatutan, pelbagai jenama tampil dengan pengeluaran telur ayam.

Namun begitu, ada beberapa individu yang tidak bertanggungjawab yang telah mengeluarkan telur ayam palsu atau tidak berkualiti untuk mengambil kesempatan keatas pelanggan dan mengaut keuntungan lebih. Hal ini tidak seharusnya berlaku kerana ia boleh menyebabkan keracunan dan masalah kesihatan pada sesiapa sahaja yang memakannya.

Jangan mudah terpedaya dengan telur ayam palsu diluar sana. Nampak serupa tapi bila dimasak, hasilnya lain dari telur ayam asli.

Seram Tengok Telur Goreng Sebegini

Baru-baru ini, seorang pengguna laman Facebook, Zuraidah Yusof, memuat naik beberapa keping gambar di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.

Niatnya untuk menikmati telur goreng terus terhapus apabila melihat rupa aneh telur itu setelah siap dimasak. Menarik perhatian, kuning telur itu telah pecah dan mengeluarkan butiran kecil, tak pernah terjadi pada mana-mana telur yang dimasak sebelum ini.

Gerun dan ragu-ragu akan kualitinya, wanita itu memilih untuk membuangnya kerana tidak ingin ditimpa masalah kesihatan.

Knp teloq goreng jadi mcm ni…?

Jadi butiran halus²…

#updated teloq tu mmg x mkn pn..takut aaaiiihhh…buang ja…

TELUR GORENG TELUR GORENG

Mungkin Telur Palsu

Rupa telur itu jelas membuatkan orang lain juga berasa ragu-ragu. Risau ianya merupakan telur palsu, mereka nasihat supaya wanita itu segera membuangnya. TELUR GORENG

Ayam Itu Ada Penyakut Batu Karang Kot!

Namun ada juga yang sempat lagi bergurau, tambah mereka kejadai tersebut adalah disebabkan oleh penyakit batu karang yang dialami oleh ayam yang bertelur. TELUR GORENG

Seeloknya jangan dimakan jika telur yang dimasak menjadi seperti ini kerana kita tidak tahu puncanya. Boleh jadi ia merupakan telur ayam palsu atau sudah rosak. Jangan mengambil risiko dan sentiasa memeriksa kualiti barangan yang dibeli bagi mengelakkan diri ditipu.

Kredit: Zuraidah Yusof via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: “Ingat Kutu…” Warganet Rasa Geli Tapi Wanita Ini Kongsikan ‘Lipas Air’ Ini Memang Sedap Dimakan, Rasa Macam Baby Crab!

tags: