Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Ini Kejar Motor Aiskrim Dekat Lebuhraya, Ingin Menangis Bila Berjaya Kejar & Dengar Ceritanya. Ini Kisahnya..

Wanita Ini Kejar Motor Aiskrim Dekat Lebuhraya, Ingin Menangis Bila Berjaya Kejar & Dengar Ceritanya. Ini Kisahnya..

Kategori:
motor aiskrim

Dalam meniti hari-hari kehidupan, pelbagai onak duri dan perjalanan yang harus ditempuh untuk mencari rezeki dan sesuap nasi.

Wang ringgit perlu diraih bagi kelangsungan hidup. Kerja keras dan usaha harus seiring dengan niat. Asalkan pekerjaan yang dilakukan halal, ia adalah titik peluh yang patut dibanggakan kerana tidak malas mencari rezeki di bumi Tuhan ini.

Wanita Ini Kejar Motor Aiskrim Dekat Lebuhraya, Ingin Menangis Bila Berjaya Kejar & Dengar Ceritanya. Ini Kisahnya..

motor aiskrim

Seperti sebuah kisah yang diceritakan oleh wanita dengan nama media TikToknya, Snower Rewons, dia menceritakan bagaimana kisahnya yang terserempak dengan motor aiskrim yang dibawa oleh seorang lelaki menyentuh hati dan perasaanya.

Katanya, dia mengejar motor aiskrim itu di lebuhraya Sungai Buloh dan mengikuti belakangnya. Perjalanan peniaga ais krim berkenaan dikira agak jauh kerana menunggang motornya hingga ke Tanjung Malim dari Sungah Buloh.

“Terserempak dengan adik ni di area highway Sungai Buloh. Penuh roti dekat motor tu mesti nak pergi berniaga. Anak kita nak makan roti aiskrim jadi kami follow belakang.

“Hati tertanya-tanya manalah dia ni nak berniaga. Nampak dia berhenti di R&R Tanjung Malam. Jauh perjalanannya dari Sungai Buloh ke sini, berpanas dan berhujan,”cerita wanita tersebut dalam kisah kejar motor aiskrim itu.

Cekal Cari Rezeki Dari Lebuhraya Sungai Buloh Ke R&R Tanjung Malim

motor aiskrimmotor aiskrim

Ceritanya lagi, sesudah sempat mengejar motor aiskrim terbabit, rupanya bukan dia seorang sahaja yang berbuat demikian. Ada juga pelanggan lain yang turut mengikuti dari belakang peniaga aiskrim tersebut.

Dalam masa yang sama, dia juga sempat berbual dengan peniaga aiskrim dan di situ hatinya mula tersentuh dengan kisah peniaga motor aiskrim itu.

“Hebat insan ini. Ayahnya meniaga 20 tahun dah dekat sini tapi sekarang dia pula yang sambung. Bukan mudah nak travel jejauh naik motor ya. Setiap hari.

“Nampak cerita je adik ni. Apapun kami mendoakan semoga diperluaskan rezekimu. Betullah, rezeki ada di mana-mana sahaja, yang penting usaha,” ceritanya lagi panjang lebar.

Hebat Insan Ini..

motor aiskrim

@snowerrewons Bukan sekadar roti aiskrim, tapi ia lebih dari segalanya. 😊 #ciptasahabat #fypシ #InspiredAwesomeLife #fyp #foryoupage #viral #viraltiktok #rnrtanjungmalim #aiskrimroti ♬ Perjalanan Hidup – Ramli Sarip

Meninjau ruangan komen, ramai yang tersentuh hati dengan perkongsian kisah abang aiskrim ini. Rata-rata mengatakan bahawa kesungguhan peniaga aiskrim itu mencari rezeki membuktikan bahawa rezeki sememangnya ada di mana-mana asalkan kita usaha.

“Apa la amalam baik dia ya sampai Tuhan izinkan rezeki yang follow dia. Mungkin berkat sedekah, sabar dia,” kata seorang netizen.

Rezeki Yang Ikut Dia, Mesti Ada Amalan Baik Yang Peniaga Aiskrim Lakukan

motor aiskrim

Kalau korang singgah di R&R Tanjung Malam, jangan lupa sokong dan beli aiskrim roti ni! Memang nampak sedap dan lembut. Terima kasih kerana mengajarkan erti tidak putus asa. Semoga terus maju kehadapan hendaknya.

Sumber: Snower Rewons

Baca juga: Jualan Lebih Laris Ketika Banjir, Peniaga Ambil Peluang Jual Makanan & Minuman Meski Banjir Belum Surut

tags: | |