Tentu anda bosan kan, asyik kek batik yang sama sahaja. Kami kongsikan dengan anda resepi kek batik cheese bakar. Cara masih sama cuma ada sedikit penambahan sahaja.

Bahan-Bahan :

  • Milo
  • Serbuk koko
  • Gula icing
  • Biskut marie
  • Mentega
  • Cream cheese
  • Susu pekat
  • 1 biji telur

 

Cara -Cara:

  1. Cairkan mentega di dalam periuk.
  2. Masukkan separuh tin susu pekat dan kacau.
  3. Masukkan 3 sudu milo dan 3 sudu serbuk koko ke dalam periuk dan kacau.
  4. Patah-patahkan biskut marie dan masukkan ke dalam adunan coklat dan kacau rata.
  5. Kemudian letakkan adunan tadi ke dalam loyang pembakar.
  6. Masukkan cream cheese, 3 sudu gula icing dan 1 biji telur dan pukul sehingga kembang.
  7. Masukkan adunan cream cheese tadi ke dalam loyang.
  8. bakar dengan api atas selama 15 minit dengan 160 celcius.

 

Kami masukkan sekali video untuk tontonan anda. Selamat mencuba!

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 6 times!)