Kek Coklat Moist

Kek Coklat Moist salah satu kek yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang sangat sedap ini serta rasa kemanisannya di tambah pula dengan topping coklat telah menjadi kek ini pilihan ramai. Disini saya kongsikan cara untuk membuat Kek Coklat Moist ini dengan mudah.

Resepi :

  • 2/3 cawan (150ml) susu segar/UHT/cair
  • 1/3 cawan (75ml) minyak masak/sayur
  • 1/3 cawan (85ml) susu pekat manis
  • 1/4 cawan + 1 sudu besar (27g) serbuk koko
  • 2 biji telur (gred B)
  • 2/3 cawan (90g) gula pasir
  • 1/2 cawan (60g) tepung gandum
  • 1/3 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/3 sudu kecil baking powder

Coklat ganache :

  • 1/2 cawan susu segar /UHT/cair
  • 300g coklat masakan (milk/dark)
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar mentega

Cara Penyediaan

  1. Sediakan tepung gandum , tepung penaik dan soda bikarbonat untuk diayak
  2. Masukkan susu, serbuk koko, minyak, susu pekat manis (kacau sehingga masak)
  3. Pecahkan telur dan masukkankan adunan yang dimasak dan kacau sehingga sebat
  4. Masukkan gula pasir dan adunan tepung yang sudah diayak (kacau sehingga sebati)
  5. Masukkan ke dalam adunan dan kukus dengan api yang sederhana
  6. Cairkan campuran susu cair, coklat masakan, susu pekat manis, mentega
  7. Setelah siap masukkan ke dalam peti (30 minit)
  8. Tuang adunan tadi ke atas kek yang siap di kukus. Tabur sedikit cokla rice.

SELAMAT MENCUBA

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 43 times!)