Kek buah merupakan jenis kek klasik dan mudah didapati. Sedap dan cukup manis, kek ini sebenarnya mudah sahaja untuk disediakan.
Untuk kekalkan kelembapan kek, seeloknya kita masak cara kukus. Nak mencari resepi yang mudah dan sedap? Ikuti resepi kek kukus buah ini yang telah dikongsikan oleh Hasniza Hassan. Cara yang dikongsikan ini merupakan resepi turun temurun keluarga, 50 tahun berlalu pun masih lagi digunakan.
Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kek Kukus Buah, Resepi Turun Temurun Keluarga & Masih Diguna Walau 50 Tahun
Bahan A
- 600 gram tepung gandum
- 4 sudu teh cream of tartars
- 2 sudu teh bicarbonate of soda
- 300 gram mixed fruit
Bahan B
- 450 gram planta marjerin
- 225 gram gula halus
- 5 biji telur ayam gred A atau B
- 3 sudu teh esen vanilla
Bahan C
Cara-caranya
- Satukan kesemua bahan A, gaul hingga rata dan ketepikan.
- Dalam mangkuk yang berasingan, pukul kesemua bahan B hingga ringan dan ketepikan juga.
- Masukkan campuran bahan A ke dalam adunan bahan B. Gaul hingga sebati dan ketepikan seketika.
- Goreng gula kasar hingga mendidih dan berbuih-buih. Jangan masukkan air. Sentiasa kacau semasa menggoreng.
- Apabila gula dah berbuih, tutup api dan cepat-cepat masukkan dalam adunan kek dan gaul rata. Sekiranya lambat, gula akan menggeras.
- Gaul rata gula yang digoreng dalam adunan.
- Masukkan adunan yang dah siap ke dalam loyang kek.
- Resepi ini menggunakan loyang bersaiz 8 inci.
- Adunan ini perlu ditutup rapat. Walaupun dah ditutup dengan penutupnya, masih dibalut dengan aluminium foil dan ikat keliling dengan tali. Tujuannya supaya wap daripada kukusan tak masuk ke dalam kek.
- Sementara nak buat kek tadi, siapkan kukusan untuk mengukus kek. Didihkan air dalam 2/3 bekas kukusan.
- Masukkan kek dalam kukusan dan kukus selama lebih kurang 4 jam 15 minit.
- Setiap 45 minit, periksa air kukusan. Tambahkan dengan air mendidih ke paras 2/3 bekas. Jangan tambah guna air biasa. Selalu yang kami buat ialah didihkan air tambahan di sebelah kukusan.
- Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.
Sudah siap kek kukus buah ini. Nampak sangat sedap, jadi tak hairan mengapa resepi ini masih lagi dikekalkan oleh keluarga wanita itu walaupun sudah 50 tahun.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Hasniza Hassan
Baca Juga: Resepi Aiskrim Goreng Butterscotch Giant, Mudah Untuk Disediakan & Best Makan Panas-Panas