Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Ini Dia Resepi Kek Kukus Pandan Cheese Leleh Paling Sedap, Makan Sampai Terbawa Dalam Mimpi

Ini Dia Resepi Kek Kukus Pandan Cheese Leleh Paling Sedap, Makan Sampai Terbawa Dalam Mimpi

Kategori:

Ini dia resepi kek kukus pandan cheese leleh paling sedap. Sekali makan terus terbawa dalam mimpi dan tak cukup satu. Rasa pandan dan cheese tu memang betul-betul menyelerakan. Jom kita cuba buat.

KEK KUKUS PANDAN

BAHAN-BAHAN:

(1 loyang bulat)

  • 1 cwn gula
  • 3 bji telur (mix sampai gebuh & putih)
  • 1 sb ovelatte
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu cair | jangan di lebihkan
  • Pewarna hijau separuh tutup
  • Perisa pandan 1 penutup besar | boleh ditukar kepada perisa strawberry , vanilla dan warna
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 st baking powder

*Soda bikarbonat tak perlu!

*Pastikan sukatan minyak & susu cair tidak lebih

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mixer gula,telur,ovelatte sampai gebuh &bewarna putih.
  2. Masukkan minyak,susu cair,pewarna hijau & perisa pandan.
  3. Mixer sampai sebati.
  4. Masukkan tepung dan baking powder dan mixer sekejap tapi jangan lama.
  5. Stop mixer dan kaup balik bahan tadi.
  6. Kukus kek 30 minit dengan api sederhana & pastikan air mendidih sebelum mengukus. Tutup kepala pengukus dengan kain (balut)

Peringatan: jangan letak soda bikarbonat

CREAM CHEESE LELEH

BAHAN-BAHAN:

  • Cream cheese Tatura 250 gram.
  • Susu cair suku cawan
  • Susu pekat manis setengah cawan. (ikut manis sendiri)
  • Mixer semua sampai gebu.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Selepas kek masak ,tunggu kek betul-betul sejuk.
  2. Untuk layer , kek dengan cheese, keluarkan kek dari loyang letak dalam pinggan potong @ belah tengah dan letak cream cheese.
  3. Letak semula kek yg dipotong tadi dan letak cream cheese & ratakan.
  4. Parutkan cheddar cheese atas kek.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit Resepi : Ezzah Nurafiqah

tags: |