Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek Mentega Lemon

Kek Mentega Lemon

Kategori:

Perkongsian resepi kali ini adalah Kek Mentega Lemon. Saya sangat rekomen kepada pembaca untuk mencubanya kerana kek ini serius sedap. Untuk membuat kek ini disarankan jangan skip masukkan lemon zest kerana ia adalah penambah lagi kelazatan kek ini. Dan juga, sila gunakan mentega sepenuhnya untuk rasa lemon, jangan gantikan dengan marjerin tau. Jom kita intai resepinya 🙂

Bahan-bahan:

  • 6 Biji Telur
  • 250g Mentega
  • 200g Garam
  • 1 & 1/2 Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • 1 & 1/2 Cawan Tepung
  • Kisaran Kulit Lemon (Lemon Zest)

Cara-cara:

  1. Pukul putih telur sampai kembang dan gebu.
  2. Dalam mangkuk lain- pukul mentega, gula dan kuning telur sampai pucat dan gebu.
  3. Kemudian masukkan kisaran kulit lemon (Lemon Zest)
  4. Pukul sebati
  5. Kemudian masukkan tepung dan serbuk penaik
  6. Pukul  sampai sebati
  7. Seterusnya, masukkan putih telur yang telah dipukul. (No. 1 di atas)
  8. Pukul adunan sampai gebu.
  9. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar dalam oven menggunakan 150 celcius (dalam 20 minit)
  10. Siap!!

Kredit : Ani’s Home Recipe

tags: