Post kali ini kami nak kongsikan resepi kek yang sangat sedap. Mesti ramai peminat Kek Sarang Semut kan? Kalini kita akan cuba buat resepi Kek Sarang Semut yang hanya menggunakan sukatan cawan. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara membuat Kek Sarang Semut yang mudah dan enak.

Bahan-bahan untuk Kek Sarang Semut:

  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur (gred A)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/4 cawan gula halus
  • 1/3 cawan mentega
  • 1 cawan air panas

 

Cara menyediakan Kek Sarang Semut:

  • Masukkan gula ke dalam kuali
  • Seterusnya buka api kecil dan cairkan gula sehingga keperangan
  • Masukkan air panas yang mendidih dan biarkan ia menggelegak selama 2 minit sebelum dikacau
  • Masak dan kacau sehingga gula larut sepenuhnya dan tutup api
  • Kemudian masukkan mentega dan kacau sehingga larut sepenuhnya
  • Biarkan larutan gula sejuk sepenuhnya (40 minit – 1 jam)
  • Masukkan telur, susu pekat manis dan esen vanilla ke dalam mangkuk
  • Seterusnya kacau perlahan hanya untuk pecahnya telur kuning
  • Masukkan tepung gandum(diayak) dan soda bikarbonat(diayak)
  • Kemudian kacau perlahan sehingga semua bahan sebati
  • Masukkan gula karamel yang sudah sejuk sepenuhnya ke dalam mangkuk yang mempunyai bahan yang sudah dikacau sebentar tadi
  • Kacau lagi sehingga semua bahan sebati
  • Gunakan loyang yang bersaiz (7 x6 x 2.5 inci)
  • Sapu loyang dengan mentega, lapik dengan non-stick baking paper dan sapu mentega di atasnya
  • Tapis adunan kek ke dalam loyang
  • Tutup loyang kek dengan rapat dan perap kek selama 2 jam
  • Bakar kek di dalam oven pada suhu 140C selama 50 minit – 1 jam (api bawah sahaja/no fan)
  • Sejukkan kek di atas redai sebelum memotong kek

 

Cara Memotong Kek Sarang Semut:

  1. Potong kek arah melintang
  2. Lihat arah urat kek
  3. Potong kek bertentangan dengan arah urat kek(90 darjah)

Tips Penting Untuk Membuat Kek:

  1. Setelah siap memasak gula hangus, ia mesti dibiarkan menyejuk sepenuhnya sebelum dicampur dengan adunan kek
  2. Semasa proses membuat kek, kacau kek dengan perlahan sahaja
  3. Tapis kek semasa memasukkan kedalam loyang kek
  4. Lapik loyang kek dengan non stick baking paper dan mentega
  5. Perap kek dengan lama untuk menghasilkan lubang2 yang cantik
  6. Bakar kek menggunakan api bawah sahaja dan no fan mode

 

Siap! Selamat mencuba

(This post has been visited 14 times!)