Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Jarang Dibuat Orang, Kek Yogurt Strawberry Cheese Gebu. Makan Sejuk-Sejuk Baru Sedap!

Jarang Dibuat Orang, Kek Yogurt Strawberry Cheese Gebu. Makan Sejuk-Sejuk Baru Sedap!

Kategori:
kek yogurt strawberry cheese

Memang lain dari lain kan Kek Yogurt Strawberry Cheese ni? Jarang jumpa orang letak yogurt perisa strawberry dalam kek. Tengok gambar pun dah menyelerakan, patutlah resepi ini dapat perhatian ramai. Warnanya juga cantik dan manis dilihat, orang perempuan confirm suka warna merah jambu macam ni. Jom lihat resepi lengkap di bawah.

Jarang Dibuat Orang, Kek Yogurt Strawberry Cheese Gebu. Makan Sejuk-Sejuk Baru Sedap

Bahan A:

  • 4 biji kuning telur (putih telur jangan buang)
  • 180g cream cheese
  • 2 bekas yogurt perisa strawberry
  • 60g gula kastor
  • 120g tepung gandum
  • 200ml whipping cream

Cara-cara:

  1. Pukul cream cheese dan gula sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan kuning telur, pukul sehingga agak-agak dah kembang.
  3. Masukkan yogurt, pukul sekejap.
  4. Kemudian ayakkan tepung, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Masukkan whipping cream.
  5. Kaup balik sehingga rata dan ketepikan. w

Bahan B:

  • 4 biji putih telur (jangan basi sesetitik air/kuning telur pun masuk, nanti tak jadi bertanduk)
  • 80g gula kastor

Cara-cara:

  1. Pukul putih telur sehingga sedikit berbuih, kemudian masukkan gula kastor dan pukul sehingga kental, bertanduk atau bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.
  2. Masukkan adunan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung tadi. Kaup sedikit demi sedikit.
  3. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci.
  4. Titis hershey straberry di atas adunan, lorek mengikut citarasa anda.
  5. Untuk bakar ada caranya yang dipanggil water bath, isikan air panas ke dalam loyang lain yang bersaiz lebih besar. Kemudian baru letakkan loyang berisi adunan ke dalam loyang air panas tadi. Biar 1/2 loyang tenggelam.
  6. Panaskan dulu oven, kemudian bakar selama 10 minit pada suhu 170 celcius menggunakan api bawah sahaja.
  7. Bila dah masak, sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais selama 2 jam. Makan sejuk-sejuk memang sedap!

Kredit: Iedaa Jahaya

Baca juga: Resepi New York Cheesecake Mudah. Buat Sendiri Baru Puas Hati, Boleh Makan Puas-Puas

tags: |