Nama Elon Musk tercatat antara individu yang terkaya di dunia. Berumur 50 tahun, beliau merupakan CEO dan Co-Founder Tesla, serta Chief Designer dan pegasas Space-X, pegasas Neuralink dan The Boring Company, yang mempunyai net worth sebanyak $150 billion.
Memiliki kekayaan dan aset, Elon Musk adalah antara mereka yang berjaya dan masih stabil walaupun ramai yang terkesan dari wabak pandemik Covid-19. Dikenali sebagai salah seorang billionaire, Elon Musk turut merupakan pengerusi Musk Foundation.
(Elon Musk, antara billionaire tersohor)
Dalam sebuah temu bual bersama CNN, David Beasley, pengarah eksekutif bagi United Nations (UN) World Food Program (WFP) menjelaskan bahawa pihak mereka memerlukan $6 billion untuk membantu 42 juta insan yang kelaparan. Menyeru pada jutawan, CNN telah menerbit sebuah artikel berkenaan temu bual berikut yang berjaya menarik perhatian orang ramai.
Peka mengenai rayuan dari WFP, Elon Musk memberi responnya berkenaan isu tersebut. Menurutnya, jika WFP dapat menjelaskan bagaimana $6 billion mampu menyelesaikan isu kelaparan global, beliau bersedia untuk menjual stok Tesla. Tambahnya, pengiraan haruslah dilakukan oleh open sourcing account supaya orang ramai jelas dengan setiap perbelanjaan yang dilakukan.
David Beasley membalas pada Tweet Elon Musk untuk menjelaskan situasi tersebut. Menurutnya, tajuk artikel oleh CNN adalah kurang tepat kerana $6 billion tidak mampu menyelesaikan isu kelaparan global tapi dapat mengelakkan ketidakstabilan geopolitik, penghijrahan secara besaran dan menyelamatkan 42 juta yang kelaparan.
David Beasley juga bersedia untuk mengatur sebuah pertemuan bersama Elon Musk jika billionaire tersebut bersedia untuk berbincang mengenai isu ini.
Orang ramai sangat berharap bahawa pihak World Food Programme dapat berbincang mengenai isu ini bersama dengan billionaire seluruh dunia bagi menyelesaikan isu besar tersebut. Setakat ini, tiada perbincangan telah ditetapkan oleh mana-mana pihak.
Kredit: Twitter Elon Musk, David Beasley