Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Kelantan Keluarkan Beras Jenama Sendiri Tahun Depan, Guna Jenama Sendiri

Kelantan Keluarkan Beras Jenama Sendiri Tahun Depan, Guna Jenama Sendiri

Kategori:
Kelantan keluarkan beras jenama sendiri

Kelantan akan mengeluarkan jenama beras sendiri iaitu Beras Agro Darul Naim bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan khas pada tahun hadapan bagi membangunkan kilang padi dan beras.

Kelantan Keluarkan Beras Jenama Sendiri Tahun Depan Kelantan keluarkan beras jenama sendiri

Menurutnya, pelaksanaaan Kelantan keluarkan beras jenama sendiri akan dilakukan menerusi kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan dan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad bersama rakan pelabur.

“Pada 2024, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan khas untuk membangunkan kilang padi dan beras di Meranti, Pasir Mas.

“Insya-Allah, kita akan keluarkan beras tempatan yang mengguna jenama sendiri iaitu Kilang padi dan beras Agro Darul Naim,”katanya semasa menjawab soalan tambahan Azhar Salleh (Pas-Pulai Condong) mengenai cadangan kerajaan negeri untuk mengeluarkan beras jenama sendiri pada Persidangan Kali Kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Guna Jenama Sendiri, Kilang Padi & Beras Agro Darul Naim Kelantan keluarkan beras jenama sendiri

Tuan Mohd. Saripudin memberitahu, kerajaan negeri turut mengambil beberapa langkah dalam menghadapi isu dan cabaran dalam keterjaminan makanan rakyat di negeri ini termasuk menubuhkan Jawatankuasa Induk Sekuriti Makanan Negeri Kelantan.

Sumber: KOSMO

Baca juga: Dari Keropok Lekor Hingga Sate, Ini 11 Produk Menarik dari Ramly Yang Jarang Orang Tahu. Rugi Tak Cuba Sendiri!

tags: | |