Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dia Takut Kakak Dia Kena Basuh Pinggan”, Keluar Makan Sushi Tak Bawa Mak & Ayah, Akhir Sekali Adik Ini Pula Yang Cuak

“Dia Takut Kakak Dia Kena Basuh Pinggan”, Keluar Makan Sushi Tak Bawa Mak & Ayah, Akhir Sekali Adik Ini Pula Yang Cuak

Kategori:
KELUAR MAKAN SUSHI

Budak-budak zaman sekarang suka sahaja keluar berjalan-jalan dengan adik beradik dan kawan-kawan seumur. Terasa bebas, kadang-kadang mereka juga ingin berjauhan dengan mak dan ayah memandangkan mereka selalu berjumpa di rumah. Ketika inilah mereka ingin berseronok dan berkongsi pelbagai cerita.

Namun bila ibu bapa tiada di sisi, anak-anak perlu bijak mengawal perbelanjaan masing-masing. Bila seronok keluar dan makan di pelbagai restoran, mereka perlu berhati-hati dan selalu memantau pembelian supaya dapat mengelakkan sebarang masalah.

Keluar Makan Sushi Tak Bawa Mak Dan Ayah, Adik Ini Nampak Cuak

Ingin meluangkan sedikit masa bersama adiknya, seorang wanita telah mengambil kesempatan untuk keluar bersama tanpa membawa mak dan ayah mereka. Barangkali ingin berseronok dan bercerita pelbagai hal, mereka telah mengunjungi sebuah kedai makan Jepun yang mempunyai aneka sushi. KELUAR MAKAN SUSHI

Ketika makan di sana, wanita itu hairan apabila melihat adiknya melekat dengan tablet yang dibawa. Bila dijenguk, rupa-rupanya adiknya sedang mengira kos makanan yang dipesan. KELUAR MAKAN SUSHI

Mungkin ingin berjaga-jaga dan risau jika wang yang dibawa tidak mencukupi, tindakan adiknya buat wanita itu tergelak.

@cosyane

someone gotta make sure we stay within the budget 👍🏻

♬ Spongebob Tomfoolery – Dante9k Remix – David Snell

@cosyanesomeone gotta make sure we stay within the budget 👍🏻♬ Spongebob Tomfoolery – Dante9k Remix – David Snell

Menjengah di ruangan komen video yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai pula memuji tindakan adik wanita itu yang sangat berhati-hati dan bertanggungjawab. Walaupun masih lagi kecil, dia sangat berhati-hati ketika berbelanja.

Bagus Adik Awak! KELUAR MAKAN SUSHIKELUAR MAKAN SUSHI

Kalau tak bawa mak dan ayah, sudah tentu kita akan risau sebab risau tak cukup duit bila ingin membayar. Seeloknya berbelanja mengikut bajet yang ada dan elakkan terlebih beli. Takut nanti perlu tanggung malu dan minta tolong mak dan ayah di rumah pula untuk membayar makanan yang dipesan.

Kredit: TikTok cosyane

Baca Juga: Gara-Gara Tukang Buat Roti Canai Lambat, Akhirnya Suami Wanita Ini Sendiri Terpaksa Ke Dapur

tags: |