
Kebaikan adalah hal-hal yang sentiasa harus disebarkan untuk menjadikan dunia ini lebih baik dan bahagia.
Seperti kebaikan yang dikongsikan oleh keluarga ini, mereka berbagi rezeki memberi minuman air kotak percuma kepada murid-murid sekolah yang merentas desa di sekitar rumahnya.
Difahamkan, tahun 2025 adalah tahun yang ketiga mereka berbuat demikian. Dan tahun ini, mereka sedekah air kotak.
“Tahun ketiga berturut-turut kita bagi air dekat anak-anak merentas desa. Kali ini (air) sirap kita dah upgrade ke air kotak. Thank you to all,” salah seorang keluarga berkenaan bernama Shaf.
Berdasarkan perhatian kepada video tersebut, air kotak jenama Yeo’s telah diberikan kepada murid-murid yang lalu merentas desa di situ.
Kerana kebaikan yang ditunjukkan mendapat perhatian ramai sehingga videonya tular, jenama Yeos.My tampil di ruangan komen untuk turut berbagi rezeki dengan berhajat memberi bekalan air kotak itu secara percuma.
“Comelnya, DM kami untuk tahun depan,” kata wakil Yeo’s di ruangan komen.
Melihat kepada ruangan komen, ramai yang berterima kasih kepada keluarga terbabit kerana memberi contoh kebaikan yang boleh ditiru oleh orang ramai.
Kerana jika kita ada sedikit rezeki lebih, cara berkongsi dengan orang ramai amatlah dituntut untuk melahirkan masyarakat yang bahagia.
Sumber: Kokshaf
Baca juga: Kerajaan Terengganu Lancar Ops Plastik Hitam Pantau Orang Ponteng Puasa Secara Sengaja