Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» Selamba Makan Nasi Dengan Lauk-Pauk Dalam Van, Gelagat Keluarga Sporting Ni Buat Warganet Terhibur

Selamba Makan Nasi Dengan Lauk-Pauk Dalam Van, Gelagat Keluarga Sporting Ni Buat Warganet Terhibur

Kategori:

Biasanya kalau kita nak merantau jauh beramai-ramai dengan keluarga, kita pasti akan membawa bekalan yang ringkas seperti jajan atau roti untuk buat alas perut.

Untuk nikmati hidangan yang lebih berat, ramai yang memilih untuk singgah ke RnR berdekatan. Lagipun, bolehlah kita sekaligus solat dan pergi ke tandas siap-siap.

Namun, lain pula ceritanya dengan sebuah keluarga yang tular di TikTok baru-baru ini. Menerusi video yang dimuat naik oleh @noraliaa___ , dia dan keluarganya dilihat selamba makan nasi dalam van beramai-ramai.

Lebih menarik lagi, keluarga ini siap bawa nasi dalam periuk serta lebih 3 jenis lauk pauk! Menurut pemilik video, ibunya membekalkan lauk sayur air, ayam kicap dan hotdog goreng.

Ahli keluarga ini juga tak kekok untuk makan menggunakan tangan macam makan di rumah!

Van

Syok Berkelah Dalam Van!

Jarang-jarang sekali kita lihat orang makan dengan begitu selesa dalam kenderaan macam ni. Ramai yang suka tengok sesi makan tengah hari yang keluarga ini tunjukkan, dah macam berkelah!

Dalam ramai-ramai ahli keluarga ni, netizen paling terhibur melihat si ayah yang selamba bersila di lantai van sambil menikmati nasi berlauk yang dibawa dari rumah. Inilah kelebihannya bila ada van, boleh gunakan lebih banyak ruang pada waktu macam ni!

Van

Masak Bawa Bekal Macam Ni Lagi Jimat..

Walaupun cara keluarga ini jarang kita lihat di media sosial, rupanya ramai yang biasa buat begini! Kata netizen, cara ini sangat menjimatkan bagi keluarga yang mempunyai anak ramai.

Sesetengah warganet juga sempat mengimbas kenangan mereka pada zaman kanak-kanak bila merantau dengan keluarga. Memang seronok makan ramai-ramai dengan keluarga macam ni!

Tambah si pemuat naik video, cara ini bukan saja menjimatkan wang, malah menjimatkan masa berbanding beli di kedai. Maklumlah, bila pelanggan ramai, memang lambatlah makan jawabnya!

Van

Seronok tengok keluarga ni makan ramai-ramai dalam van. Walaupun agak kelakar, tapi moment macam inilah yang bakal jadi kenangan manis buat seisi keluarga.

Bagus juga idea keluarga ni, kita pun boleh praktikkan untuk jimatkan wang serta masa bila merantau. Seronok pun seronok!

Sumber: TikTok @noralia___

tags: